Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 27 November 2014

Pertunangan adik : Hantaran

Assalamualaikum...(^ ^)


Dalam entri lepas Mas dah cerita tentang majlis pertunangan adik, kali ni nak kongsi tentang hantaran untuk majlis tersebut. Semua hantaran memang adik mintak Mas buatkan, dan Mas pun tolong dengan ikhlas tanpa kenakan apa² bayaran kat dia. Adik sendiri tak nak berkira sangat, janji majlis dia sempurna dan berjalan lancar.

Tema untuk hantaran ialah gold + peach. Semuanya dibuat hasil dari idea Mas sendiri, memang tak tiru dari buku ke atau mana² sumber. Lagi pun hantaran tunang mudah je jadi senanglah nak buat. Yang paling Mas gembira bila adik suka dan berpuashati dengan hasil kerja Mas. Kakak² Mas pun puji hantaran cantik dan menarik!

Inilah 5 hantaran yang berjaya Mas buat. Husband siap suruh bukak tempahan tapi Mas tak nak. Tak yakin nak buat untuk orang, takut ada yang tak berpuashati nanti. Untuk adik sendiri bolehlah kan? 

 Tempat letak cincin tunang

Kain telekung

Coklat

Buah-buahan

Kek

Lagi satu album gambar untuk letak separuh wang hantaran yang perlu diserahkan kepada pihak perempuan. Mas hias supaya nampak cantik!



4 ulasan:

  1. wow..teringt zaman2 kegemilangan dlu...buat hantaran sendiri..hihi

    BalasPadam
  2. tahniah
    ooo awal serahkan hantaran ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni hantaran tunang.. nanti kahwin ada hantaran lain pulak.. kami buat cara camni..

      Padam
  3. Cantik dan nampak kemas..selamat bertunang buat adik.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com