terkini dan sensasi

Rabu, 26 November 2014

Simple celebration untuk Airis

Assalamualaikum...(^ ^)

Semalam Mas ambik cuti rehat Di samping bawak Airis check up kat klinik, buatlah sambutan sikit untuk birthday dia.





Mas masak siap² kat rumah, pastu beli kek dan pergi piknik kat Taman Seri Empangan, Putrajaya. Syok jugak piknik camni sambil makan nasi dengan menu yang dimasak sendiri, rilek dan santai je.

Dah kenyang makan nasi terus buat sambutan untuk Airis. Punyalah seronok dia nak potong kek sampai tak sabar tunggu kami habis nyanyi lagu birthday untuk dia. Pastu tak nak babah pegang tangan dia masa potong kek tu, nak potong sendiri. Makan kek pun nak suap sendiri, habis comot baju dan muka. Tapi Mas biarkan je, maklumlah orang dah big girl kan?

Inilah saat manis dan comel yang sempat Mas rakam. Airis pun tergelak² bila tengok gambar dia!






4 ulasan:

  1. time flies so fast... sekejap je kan rasa anak kita da besar

    BalasPadam
  2. wahh, comey sangat airis makan kek . Cazamiya baru je menulis : Vitamin C SHAKLEE Berkesan

    BalasPadam
  3. betullah Mummy Ayu,memang rasa anak-anak ni cepat sangat membesar.Berat plak rasa ati nak berpisah dengan diorang bila dah masuk asrama/kawin nanti..sob2..

    Note: Anak sulung baru 2 thn dah pk macam2,hihi..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com