Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 5 Disember 2014

Warung Bunian

Assalamualaikum... (^ ^)


Kat kawasan Sungai Merab, Kajang ada satu warung istimewa yang terkenal dengan nama Warung Bunian. Ia digelar warung bunian mungkin kerana kedainya yang jauh dari jalanraya dan terpencil, selain itu ia jugak dikenali dengan nama Kedai Makan Tapak Sulaiman.

Semalam pertama kali Mas makan di sini, itu pun sebab pegawai belanja kami yang bertugas dengan cemerlang masa Family Day Ahad lepas. Sebelum ni Mas hanya tahu orang bercerita tentang kesedapan masakan di warung ini, bila dah rasa sendiri memang terbukti kesedapannya.


Apa yang Mas tahu warung ini dibuka untuk sarapan pagi dan tengahari sahaja. Waktu operasinya begini, hari Jumaat, Ahad dan Cuti Umum hanya sarapan pagi sahaja. Setiap hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Sabtu ada sarapan pagi dan makan tengahari. Kalau sarapan pagi yang sedap adalah Nasi Lemak Bungkus dan Roti Canai, kalau makan tengahari ada menu² tertentu setiap hari. 

Menu² mengikut hari
1. Isnin & Khamis : Gulai Ketam, Ayam Goreng, Ikan Masak Kicap dan Sayur
2. Selasa : Gulai Udang, Sambal Ayam, Ikan Goreng dan Sayur
3. Rabu : Gulai Ayam Kampung, Sambal Udang, Sambal Terung dan Ikan Masin Goreng
4. Sabtu : Salah satu antara menu di atas

Menarik kan menu²nya. Hidangan yang disediakan adalah mengikut pakej iaitu RM14 seorang. Takdelah mahal sangat, memang setimpal dengan masakannya yang sedap².

Kalau nak datang makan kat sini waktu pagi boleh walk in je, tapi kalau waktu tengahari kena tempah dulu. Kalau tak tempah memang tak dilayan sebab warung ni sentiasa penuh. Kalau boleh tempah 2 hari sebelum nak datang makan.



Inilah menu semalam yang super duper sedap hingga menjilat jari. Nak jilat pinggan malu, hahahaa! Ini alamat dan nombor telefon untuk memudahkan kawan² yang belum pernah makan kat sana untuk pergi. Mas nak bagi direction ke sana tak pandai sangat, jadi kawan² GPS atau Waze je.

WARUNG BUNIAN 
(KEDAI MAKAN TAPAK SULAIMAN)
NO. 80A, JALAN JAMALUDDIN
DESA PUTRA, SUNGAI MERAB
43000 KAJANG
SELANGOR DARUL EHSAN
NO. TEL : 017-3812246 (KAK LANG)

3 ulasan:

  1. hai kak mas. Sedapnyaa aduhh..suami selalu pegi makan kat sana dengan opismet dia. Booking dlu, tapi ada sekali diorang dah booking sekali sampai2 org tu lupa. Balik gitu jela. Kite ni ha tak nyempat2 nak suruh suami bawak. Geram je tgok lauk2nyaaa

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas...wah !! nampak sedap jer makanan yg disediakan tu...nama kedai mmg mcm lain jer...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com