Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 11 Februari 2019

Takde rezeki ke SBP

Assalamualaikum...(^ ^)

Kalau ikutkan hati memang Mas nak sangat Atikah masuk Sekolah Berasrama Penuh, itu impian Mas tu. Bukan apa bagi Mas lagi senang dia duduk asrama, nak pulak tahun depan dia akan duduki periksa SPM. Jadi kenalah tumpu sepenuh perhatian pada pelajaran bermula dari Tingkatan 4 ni, persediaan awal bak kata orang.


Tapi semua tu tak dapat jadi kenyataan sebab permohonan dia ke SBP tak berjaya, dah keluar keputusan pada 25 Januari tu. Kecewa jugaklah sebab Mas dah berharap sangat dia dapat, keputusan dia pun agak cemerlang jugak. Tapi mungkin ada merit yang tak memenuhi syarat kot, pastu saingan pun ramai agaknya. 

Dia pun kecewa jugak bila tahu tak dapat, Mas suruh buat rayuan pun dia tak nak. Dah putus asa katanya sebab saingan ramai, kawannya dapat 8A pun tak berjaya dapat. Mas ada jugak suruh dia merayu, manalah tahu ada rezeki kali kedua kan? Tapi dia tak mahu, jadi sebagai ibu Mas tak nak lah paksa sangat. Mas terima hakikat dah takde rezeki dia untuk ke asrama penuh, mungkin ada rezeki lain selepas ni. Pastu Mas tak kisahlah dia sekolah kat mana pun, janji masa depan dia terjamin!

Lagi pun kat sekolah sekarang pun dia dah banyak berhabis duit untuk beli buku², dah banyak jugak yang dia dah belajar. Sebab tu dia nak kekal je kat sekolah tu, dah serasi katanya. Bagi Mas sekolah sekarang bagus dah untuk dia, banyak aktiviti dan kelas tambahan untuk bantu pembelajaran dia. Pastu kadang tu cikgu buat tuisyen percuma untuk bantu murid², haaa kira bertuahlah anak murid.

Jadi sekarang Mas redha je walau kat mana dia bersekolah, takde rezeki ke SBP tak semestinya dia tak boleh cemerlang dalam pelajaran dan peperiksaan. Mas doa yang terbaik untuk dia!

5 ulasan:

  1. Semoga anak Mas sentiasa cemerlang. Insya Allah.

    BalasPadam
  2. Tak apalah Mas...insyaallah ada rezeki lain tu..anak dara SA pun sekolah menengah biasa je..ni dia tgh focus PT3 tahun ni...dia nampak relax jer..mama dia yang pening..

    BalasPadam
  3. tak apa..insya'Allah nanti akan merasa juga berasrama bila masuk matrix atau sambung ke ipta/ipts...macam saya dulu..hihiih..masuk matrix baru merasa duduk asrama

    BalasPadam
  4. Takpelah . takde rezeki utnuk kesana. Ada hikmahnya kak mas. inshallah

    BalasPadam
  5. tak mengapa, lepas ni lagi bagus result sebab banyak aktiviti dan kelas tambahan walaupun bukan SBP :D

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com