terkini dan sensasi

Selasa, 16 Januari 2018

Tak hantar anak tuisyen ke?

Assalamualaikum...(^ ^)

Ada jugak kawan bertanya pada Mas, masa Atikah ambil peperiksaan UPSR dulu ada hantar kelas tuisyen tak? Mas memang tak hantar pun, bukannya takde bajet tapi kekangan masa. Kalau hantar memang padat sangat jadual anak², mana nak mengaji dan buat homework lagi. Itu pun sampai pukul 11 malam jugak siapkan kerja sekolah, kalau pergi tuisyen lagilah. 

Lagi satu sebab tak hantar, sekolah sekarang dah adakan kelas tambahan untuk murid². Jadi dah memadailah mereka pergi kelas tambahan, tak perlu tuisyen dah. Lagi pun apa yang cikgu ajar dalam kelas tambahan dah mencukupi untuk anak², ditambah dengan latihan dan homework lagi. Bagi Mas dah memadai untuk budak UPSR.


Tapi kalau nak hantar jugak takde masalah, terpulang pada kita sendiri. Kalau rasa anak² mampu bahagikan masa dan hadapi, kita hantarlah. Jangan ia jadi bebanan pada anak pulak sudahlah, nanti pelajaran entah ke mana. Kita kena tengok jugak anak² mampu tak nak buat macam² dalam satu masa, dengan kerja sekolah, kelas tambahan dan tuisyen pulak. Kemampuan anak² kita ada batasnya jugak, mereka pun tahu penat!

Macam Mas tahun ni Atikah periksa PT3 dan Arfan pulak periksa UPSR. Kalau ikutkan nak jugak hantar tuisyen, tapi bila tengok setiap kali mereka balik sekolah berlambak homework kena buat terus tak jadi. Kesian, sampai ke malam kadang tu siapkan homework. Mana nak mengaji lagi, kalau pergi jugak tuisyen pukul berapa nak tidur. 

Ada kawan cakap, hantar tuisyen Sabtu Ahad je. Bagi Mas hujung minggulah masa nak bersama mereka, berbual dan tanya pasal hal sekolah mereka. Hari lain dah sibuk kerja, jadi takde masa sangat untuk semua tu. Kalau anak² pulak ke kelas tuisyen hujung minggu mana masa Mas dengan mereka, balik tuisyen mesti dah penat. Nak rehat, nak tidur dan siapkan homework berlambak yang cikgu bagi. Jadi jawapannya memang tak hantarlah, memadai mereka ada kelas tambahan dan Mas bantu sedikit apa yang termampu. Selebihnya mereka kena usaha lebih kalau nak keputusan yang baik kan?

Itulah pendapat Mas sebagai seorang ibu, nak ikut atau tak terpulang pada diri masing². Jangan lupa diri anak² jugak ye!

4 ulasan:

  1. skrg ni sy tgh hadap masalah anak mengantuk time kafa. itu xde lagi join apa2 aktiviti hmm.. cmne eh

    BalasPadam
  2. ada pro and con jugak kelas tuisyen ni

    BalasPadam
  3. orang kata tuisyen sekarang dah macam kelas tambahan, sebab cikgu sekarang buat tuisyen konon boleh dapat soalan target dekat situ. Umpan nak suruh join tuisyen jugak. Ni IQ dengar dari adik2 ipar IQ yang masih sekolah.

    BalasPadam
  4. Lain ibu bapa lain caranya. Tapi saya setuju betul kat part sabtu ahad tu. Time tulah anak nak rehat n spend time ngan parents

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com