Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 21 Januari 2018

Drama Lafazkan Kalimah Cintamu

Assalamualaikum...(^ ^)

Memang tak sabar tunggu drama Lafazkan Kalimah Cintamu ni main kat Astro lepas tengok iklannya kat TV. Lagilah Nelydia Senrose pelakonnya, Mas memang suka lakonan dia. Bersahaja je, takde pun nak kontrol cun! Pastu setiap watak yang dia lakonkan tu memang menjadi sangat.

Drama ni pun diadaptasi dari novel jugak, seperti biasa trend sekarang. Macam dah wajib je setiap cerita dari novel tu dijadikan drama kan? Katanya novel nukilan Siti Rosmizah ni memang laris di pasaran, sebab itulah dibuat drama kot. Mas pun tak pernah baca lagi novel ni, nanti nak cari jugaklah! Tengok drama tengoklah jugak, tapi lagi puashati kalau baca novelnya.


Lagi satu lagu tema drama ni memang lagu kegemaran Mas, lagu wajib kalau pergi karaoke ni. Kesilapanku Keegoanmu nyanyian Datuk Siti Nurhaliza, memang sesuai sangat dengan drama ni. Mengimbau kenangan pun ye bila dengar lagu tu, hehehee! Haaa dah panjang mukadimah, jom Mas bagi sikit sinopsis drama ni.

"Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. 23 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri, kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya. Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris Melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebencian terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebencian Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?"

Haaa pada peminat novel, khususnya novel Siti Rosmizah mesti akan tonton drama ni kan? Mas dah jadi penonton wajib, mula² episod je dah berjurai² airmata. Sedih wooo, pandai betul si adik Nurqistina tu berlakon. Hidup watak dia terutama bab menangis tu, kita pun rasa nak nangis sama. Jangan lupa tengok drama ni tau, best. Setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam @ Astro Ria / Astro Ria HD. Kalau tak sempat tengok, Ahad boleh marathon sebab ada ulangan.

3 ulasan:

  1. fah tengok drama ni .. menarik ,. kelakar lagi2 kalau gaduh hahahaa

    BalasPadam
  2. tgk mula2 je. pastu dah mls plak hadap. hahaha

    BalasPadam
  3. sinopsis macam menarik..bolehlah try layan drama lakonan FK & NS ni.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com