terkini dan sensasi

Sabtu, 20 Januari 2018

Mama, beli kalkulator!

Assalamualaikum...(^ ^)

Atikah balik sekolah, "Mama kena beli kalkulator baru sebab tingkatan 3 ni dah ada belajar Add Math. Kalkulator lama dah tak boleh guna + dah hilang!" Haaa bab dah hilang tu yang buat mama jadi singa, nak beli baru tu tak kisah sangat kalau dah memang kena guna kan? Haishhh lah anak!


Arfan balik sekolah pulak, "Mama kena beli kalkulator sebab subjek Matematik ada belajar guna kalkulator. Beli yang biasa je!" Haaa kan dah tak pasal² kena beli 2 kalkulator baru, kalau yang lama kakak tak hilang bolehlah adik guna. Singa kuasa dua dah mama ni, tapi walau singa camne pun tetap kena beli. Anak nak belajar mama tak boleh berkira, walaupun sebelum tu jadi singa dulu. Hahahaa!

Camtulah bila dah zaman KBAT ni, anak dan ibu bapa kena jadi hebat. Kalau dulu tingkatan 5 baru kenal apa itu Add Math, tapi sekarang tingkatan 3 pun dah mula belajar yang basic. Pastu sebelum ni darjah 6 mana ada kiraan Matematik guna kalkulator tapi sekarang dah ada. Makin susah dan mencabar anak² nak belajar sekarang, kalau ibu bapa tak bantu camne anak² nak cemerlang kan? 



Apa² keperluan anak² nak belajar memang wajib kita belikan, demi kemudahan mereka. Mahal atau murah benda tu tak penting, janji anak² boleh guna untuk pembelajaran mereka. Macam Mas beli kalkulator scientifik untuk Atikah kat Lazada je, murah sikit. Harga kalkulator + kos pos baru RM35.90 je, barang pun elok dan berkualiti. Untuk Arfan pulak beli kat kedai alatulis je, harga RM7.90. 

Haaaaa gitulah zaman sekolah sekarang, makin mencabar. Moga dengan bantuan Mas terhadap keperluan pelajaran anak² dapat membantu mereka belajar dengan mudah dan lulus peperiksaan.

3 ulasan:

  1. tingkatan 3 dah ada add math ye.. terkejut betul dgn syllabus budak zaman skrg.. harap2 tahan la pakai kalkulator tu.. zizie dari zaman study form 4, masih lagi guna kalkulator yg sama kat tempat kerja.. hehe

    BalasPadam
  2. advanced nye budak2 zaman sekarang...form 3 dah belajar add math

    BalasPadam
  3. dasyatnya..dah guna kalkulator..nad masih simpan lagi kalkulator ni, simpan untuk masa depan

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com