Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 25 September 2017

Baby dah tunjuk tanda awal

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaaaa ada lagi kat pejabat hari ni, masih larat dan mampu datang kerja. Bukannya apa semalam baby dah tunjuk tanda, jadi cuak jugaklah sebab ingat nak bersalin sangat dah. Dari Sabtu malam tu perut sakit merengat², nak kata kontraksi takde pulak sakit menarik sampai ke pinggang. Cuma perut je rasa merengat, serba tak kena dibuatnya.


Memang Sabtu malam tu tak boleh tidur langsung, pusing kiri kanan pun tetap tak selesa. Rasa macam nak membuang tapi bila masuk tandas dekat 1 jam bertapa takde apa pun, sakitnya boleh tahan. Pastu semalam pun sama, seharian sakit merengat perut dan baby pun asyik mengeras je. Nak buat apa pun takde mood, makan tak lalu dan nak tidur pun tak boleh walaupun badan penat dan mata mengantuk.

Mas dok jalan² je dalam rumah tu, kalau betul nak bersalin memang akan cepat turun tanda kalau banyak berjalan. Husband pun Mas suruh bersiap sedia, kot² kalau betul dah sampai masanya. Tapi sampai ke petang masih takde tanda² nak bersalin, cuma sakit merengat tu je. Agaknya baby ni nak tunjuk tanda awal ni, nak bagi mama bersedia dan cuak. Hehehee, nasiblah bila dah malam sakit merengat tu berkurangan. Jadi dapat lagilah pergi kerja hari ni!

Tapi Mas memang tak rasa nak bersalin lagi sebab baru nak masuk 37 minggu, takde lagi anak² Mas yang lahir awal dari 38 minggu. Sebab tu masih boleh rilek je kat rumah walaupun husband ada tanya nak pergi hospital ke. Selagi sakit tu tak menarik hingga ke pinggang dan kerap 10 minit sakitnya memang Mas tak akan pergi hospital. Sebab tiga² anak sebelum ni semua tanda sakitnya camtu! 

Cuma apa pun Mas kena jugak bersedia, baby dah tunjuk tanda² awal tu! 

6 ulasan:

  1. semoga dipermudahkan.ika haritu betul2 38minggu. heee

    BalasPadam
  2. semoga selamat ibu dan bakal anak nanti... jaga diri baik2 ye kak mas

    BalasPadam
  3. Fuuhh, macam tak sabar pula tunggu k.mas bersalin ni.

    BalasPadam
  4. moga dipermudahkan bersalin k.mas

    BalasPadam
  5. Semoga dipermudahkan utk Mas dan jugak adik baby..

    BalasPadam
  6. Semoga dipermudahkan dan selamat semuanya kak Mas

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com