Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 23 Ogos 2017

Cosmoderm : Teman setia percutian anda!

Assalamualaikum...(^ ^)

Setiap kali nak pergi bercuti mesti Mas ada masalah nak bawa kelengkapan peribadi macam losyen, mandian, krim sunblock, krim pelembap dan macam² lagilah. Kalau boleh semua nak angkut, pastu mulalah pening takde tempat nak letak sebab bekasnya besar². 


Tapi bila Mas diperkenalkan dengan produk dari Cosmoderm terutamanya Travel Set ni masalah itu terus selesai, lompat bintang! Pembungkusan dan bekasnya yang kompak ni memudahkan ia dibawa ke mana² sahaja, campak je dalam beg. Pastu set dalam tu dah lengkap untuk teman penjagaan kulit dan kecantikkan diri, berbaloi sangat!

Apa ada dalam Travel Set Cosmoderm?


1. Advanced Moisture Therapy Cream (50ml)
Krim ini terdiri daripada kombinasi ekstrak herba, minyak zaitun dan aloe vera yang membantu meredakan irritasi kulit.  Ia jugak amat berkesan melembutkan permukaan kulit yang kering, kasar, gatal dan merekah di tangan dan tumit. 

Mas ada masalah kulit kering dan tumit merekah, jadi krim ni memang penyelamat untuk masalah tu. Sapu setiap pagi dan sebelum tidur, kulit rasa lembut je.


2. Vitamin E Cream 3000 I.U. (50ml)
Dwi tindakan Vitamin E krim dengan minyak Rose E Kaya dan anti oksidan ia bertindak secara efektif menangani masalah parut pembedahan, parut jerawat, rekahan kulit, selar matahari, tona kulit tidak sekata, kulit kering dan kedutan pra matang.

Mas gunakan krim ni pada kulit anak² selepas mereka kena sunburn semasa mandi kolam dan pantai di Cherating tu. Biasalah lepas sunburn kulit akan jadi kering kan, bila sapu krim ni kulit mereka jadi lembut dan tak rasa pedih akibat sunburn tu.


3. Tea Tree Oil Magic Body Lotion (60ml)
Diperkaya dengan aloe vera, vitamin B5 dan E untuk kelembapan dan perlindungan. Ia jugak membantu mengurangkan jerawat badan dan iritasi kulit. Selain itu ia bertindak sebagai deodoran untuk mencegah bau badan agar nyaman sepanjang hari.

Ini krim yang paling Mas suka dan wajib ada walau kemana saja, kegunaannya memang pelbagai. Masa bercuti di Cherating tu cuaca agak panas, jadi sebelum keluar Mas sapu dulu losyen ni kat badan anak² supaya sentiasa berbau wangi walaupun berpeluh.

Baca yang menarik pasal Magic Lotion, Cosmoderm Magic Lotion: Peneman setia dan Mujur ada Magic Lotion Cosmoderm.


Selain dari Travel Set Cosmoderm ni BB Cream dan Tea Tree Oil Shower Gel jugak sesuai dibawa semasa percutian korang, wajib tau! Baca menarik tentang Cosmoderm BB Cream.

BB Cream dirumus dengan minyak tea tree, minyak jojoba, kulit kayu manis dan glutathione. Ia dapat membantu menutup cela/jerawat dan boleh dipakai sebagai asas mekap. Selain itu kandungan SPF 35PA+++ di dalamnya bertindak sebagai perlindungan berpanjangan terhadap sinaran UVA & UVB. Jadi memang tepatlah Mas bawa ia bersama semasa bercuti ke Cherating tu, sebelum mulakan apa² aktiviti diluar Mas sapukan dulu krim ni pada kulit untuk elakkan sunburn.

Tea Tree Oil Shower Gel pulak sangat sesuai digunakan ketika mandi kerana ia membersihkan peluh, minyak dan kotoran secara berkesan. Ia jugak mudah dibilas dan tidak melekit pada badan, serta tidak menyebabkan iritasi kulit. Masa bercuti di Cherating memang kami sekeluarga gunakannya, baunya yang wangi dan gelnya yang lembut menjadikan kulit kami selesa walaupun lepas berpeluh seharian.



Haaaaa sebab tulah korang wajib ada produk² Cosmoderm ni kalau nak bercuti, cukup lengkap tau. Yang penting ianya boleh diguna tanpa was² sebab 100% halal, tanpa Paraben dan wangian.

Nak beli produk Cosmoderm ni senang je, boleh beli secara online di website mereka atau di kedai² terpilih seperti Watson, Guardian, Farmasi Caring, Aeon Wellness dan Vitacare. Untuk maklumat lanjut mengenai produk boleh layari:


23 ulasan:

  1. Igt travel.. Igt cosmoderm kak.. hehe.. tagline sy suka guna. Berbaloi ada ni masa travel. Satu lagi kena ada deep heat lotion tu..

    BalasPadam
  2. Ni bawa balik kg pun senang ni,nak cari gak la set gini.

    BalasPadam
  3. cosmoderm yang bagus boleh guna tanpa was,was. Dan bila yakin, p mana2 mood pun okay

    BalasPadam
  4. Bestkan semua cream dan lotion dia kak Mas.. tak melekit dan tidak berminyak

    BalasPadam
  5. berkenan la pulak dengan travel set cosmoderm tuh . Nk balik kg ni nak kene beli la

    BalasPadam
  6. Mudh nk bawa ke mn2 kn.lengkap set cosmoderm ni

    BalasPadam
  7. Yg Advanced moisture theraphy tu ja i blum pernah guna. Yang lain semua mmg sentiasa mesti ada stok kat rumah. Best guna

    BalasPadam
  8. Set yang cukup lengkap.. Untuk muka ada untuk badan pun ada.. memang terbaik set travel Cosmiderm ni..

    BalasPadam
  9. Nak travel dgn kawan2 wajib dptkan set cosmoderm ni nampaknya, huhu

    BalasPadam
  10. Bagus betul travel set Cosmoderm nie. Mudahkan lagi untuk kemana-mana..

    BalasPadam
  11. Suka semua barangan cosmoderm..kene cari pack travel ni

    BalasPadam
  12. Berbaloi ada travel pack ni. Penyelamat dari pelbagai masalah kulit

    BalasPadam
  13. berbaloi travel pack ni..
    Cikza dah mula jatuh cinta dengan cosmoderm ni.

    BalasPadam
  14. suka travel kit ni , mudah bawak dan cukup lengkap

    BalasPadam
  15. IQ suka bb cream, memang best muka tak sunburn langsung!

    BalasPadam
  16. Mama pernah pakai cosmoderm ni lama juga

    hampir setahun

    Tak berapa puas hati dengan hasilnya

    BalasPadam
  17. Ramai review yang vitamin e cream tu bagus untuk pudar parut. Teringin gak nak cuba

    BalasPadam
  18. Dgn Ada travel pack mcm Tu LG senang nk bawa kan

    BalasPadam
  19. Best betul produk Cosmoderm.

    BalasPadam
  20. cosmoderm..nak cari di drugstore pun dah tak susah dah

    BalasPadam
  21. Mini dan compact tapi macam-macam kegunaan. Memang bagus.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com