Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 22 Ogos 2017

Pengalaman lepaskan anak penyu

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila baca je tentatif program yang disediakan pihak resort ada sesi lepaskan anak penyu ke laut, Mas dah teruja masa tu. Memang satu pengalaman yang Mas nak sangat rasai sendiri, maklumlah tak pernah pegang anak penyu.


Seawal jam 6.00 petang Mas, husband dan anak² dah tunggu kat tepi pantai, tak sabar aihhh walaupun sesi bermula jam 6.30 petang. Selepas ½ jam menunggu akhirnya yang dinanti pun tiba, terus teruja bila nampak staf resort bawak tong yang berisi anak² penyu. Bukan Mas sorang je yang tak sabar, para blogger lain pun sama. 

Sebelum sesi lepaskan anak penyu bermula, kami diberi penerangan serba sedikit mengenai spesis penyu tersebut dan bagaimana anak penyu itu akan hidup di laut setelah dilepaskan. Anak penyu tersebut adalah dari spesis Penyu Agar, masa dilepaskan tu umurnya baru 3 hari. Selepas dilepaskan biasanya anak² penyu ni akan bermain di permukaan laut dulu untuk biasakan diri, bila dah besar sedikit barulah ia menyelam ke dalam laut. Pada masa tu keselamatannya memang akan diancam oleh burung dan ikan yang besar di dalam laut. 


Peluang untuk anak² penyu ini hidup selepas dilepaskan memang agak tipis, kebiasaannya kalau 100 ekor yang dilepaskan hanya 5-6 ekor sahaja yang akan hidup sehingga dewasa. Hurmmm susah jugakkan anak² penyu ni nak bertahan hidup di dalam laut, memang ia kena kuat! 

Haaaaa selepas dah dapat ilmu tu, sesi yang ditunggu² pun bermula. Semuanya dah teruja nak pegang anak penyu masing² dan lepaskan ke laut. Anak penyu ni sangat sensitif jadi masa pegang tu kena betul caranya. kena pegang kiri kanan cengkerangnya. Tak boleh pegang di bawah perutnya sebab kawasan tu agak lembut, tak boleh pegang terlalu kuat nanti ia akan stress dan tak boleh letak ditapak tangan sebab ia akan bergerak. Beginillah cara pegang yang betul. 



Inilah anak penyu yang Mas lepaskan, Mas bagi nama Kajol. Hehehee, kasi Bollywoodlah sikit! Masa nak lepaskan tu memang satu perasaan yang sukar nak digambarkan, gembira pun ada dan sebak pun ada. Yelah macam nak lepaskan anak² berjauhan dari kita, dengan harapan mereka boleh hidup di luar sana. Begitulah jugak rasa Mas pada anak penyu tu, harap dia boleh bertahan hidup hingga dewasa. 


Itulah pengalaman manis dan berharga yang akan Mas kenang sampai bila², seronok sangat! Jadi kalau korang datang ke Legend Cherating Beach Resort ni kena rasai sendiri pengalaman ni, berbaloi tau. Pihak resort ada sediakan pakej untuk sesi lepaskan anak² penyu ni, hanya RM20 seorang caj yang dikenakan. Berpatutan kan, setimpal dengan pengalaman yang kita dapat. 

Bye Kajol, moga dapat hidup sihat dan selamat di laut sana hingga dewasa!



6 ulasan:

  1. Assalamualaikum Mas. Syok yea dapat lepas kan anak anak penyu

    Yang sedihnya tak sampai 40% anak anak penyu yang di lepas kan tu hidup sampai besar

    sama sama kita jaga alam sekitar

    supaya anak anak kita boleh lihat sama

    kat syurga tu belum tentu dapat masukkan

    BalasPadam
  2. bestnya dapat pengang penyu... comel jer

    BalasPadam
  3. Memang rare pengalaman ni. Bye Kajol!

    BalasPadam
  4. tak pernah ada pengalaman melepaskan anak penyu...

    BalasPadam
  5. Moga Kajol berjaya survive hingga dewasa..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com