terkini dan sensasi

Rabu, 20 September 2017

Beli tunai atau beli ansuran

Assalamualaikum...(^ ^)

Memang ramai yang cakap kalau nak beli barang elektrik lebih baik beli tunai sebab lagi bagus, tak perlu nak tambah beban hutang tiap² bulan. Pastu harga tunai lebih murah berbanding ansuran, hutang ni kang dah tambah interest memang cecah 2 kali ganda harganya. Ye semua ni memang betul!

Cuma bagi Mas ikut kemampuan jugak, kalau cukup duit dan mampu lebih baik beli secara tunai. Tapi kalau tak mampu jangan paksa diri, beli je secara ansuran dan pastikan ansuran hutang tu kita mampu bayar setiap bulan. Janganlah komitmen dah tinggi kita ambil bayaran bulanan yang cecah ratusan ringgit, itu lagi tambah beban. Ambillah ansuran yang bawah RM100 atau RM200 sebulan, lambat habis takpe janji kita mampu.


Bagi Mas bukannya tak mahu beli secara tunai, kalau mampu memang pilih cara ni. Cuma kadang tu ada duit yang perlu digunakan untuk komitmen lain, jadi barang keperluan tu lebih eloklah beli secara ansuran. Bukannya nak tambah beban hutang tapi biasanya Mas dah buat perancangan siap, dah kira komitmen setiap bulan. Jadi ada lebih boleh ambil barang dan ansuran bulanan pun tak mahal.

Sebab tu kebanyakkan barang elektrik di rumah Mas semuanya beli ansuran setiap bulan, baik TV, peti ais, mesin basuh dan aircond. Biasanya Mas beli di Seng Heng melalui ansuran bulanan Aeon Kredit, rasanya dah lebih 10 barang. Kesemua barang yang Mas beli memang bayaran bulanannya bawah RM100 dan tempoh bayaran dari 12 ke 36 bulan. Setakat ni Mas berpuashati dengan ansuran Aeon Kredit ni, mudah sebab ia potong secara auto debit dari akaun bank setiap 2hb. Pastu memang tak pernah ada hutang tertunggak, setiap bulan bayaran cantik je!

Jadi apa caranya itu pilihan korang, yang penting ikut kemampuan. Kalau rasa tak mampu janganlah gatal² nak tambah beban hutang kan? Jika cukup duit beli tunai, itu lebih elok. Pilihan kita yang buat!

7 ulasan:

  1. Yes ikut kemampuan masing-masing. memang berbeza tapi bukan semuanya punya wang dan banyak komitmen.

    BalasPadam
  2. Setuju. Kalau boleh mmg nak beli tunai je semua benda. Tp kadang keperluan tapi belum mampu beli tunai, terpaksa lah pilih ansuran. Tapi pastikan mampu bayar tiap bulan.

    BalasPadam
  3. Kalau saya untuk barang letrik ni kumpul duit then beli tunai

    BalasPadam
  4. mcm ena mmg ansuran bulanan je dgn AEON ni senang.. yg penting pastikan tak tertunggak..klau tak tinggi denda dia :(.. ada juga dgr mcm along AEON ni kol marah2 mntak hutang..tp nasib ena xpernah kena mcmtu. lg 2bulan je nak habis..happynya rasa..3tahun bayar..

    BalasPadam
  5. ikut kemampuan..mampu beli tunai kene sabar la sikit..nak cepat boleh beli ansuran

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com