Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 19 September 2017

Perhatian dan pujian

Assalamualaikum...(^ ^)

Si kecik Airis ni memang lain sikit dari kakak dan abangnya, dia lebih sukakan layanan, perhatian dan pujian. Apa sahaja yang dia buat, mama dan babah kena beri perhatian. Kalau buat tak tahu je mulalah dia takde semangat nak buat dan sambil lewa je, terutamanya kalau melibatkan kerja sekolah.

Jadi setiap kali dia cakap ada kerja sekolah, Mas kena bagi tumpuan 100% pada dia je. Kalau dia dah cakap dan tunjuk kerja sekolah tu janganlah buat tak tahu, nanti bersuaralah dia. "Mama ni kan, Airis dah tunjuk kerja sekolah mama buat tak tahu je. Airis malas buat nanti!" Haaaaa sejibik mama kena!


Bila dia dah mula buka buku tu kenalah tanya kerja apa kena buat, dia tahu tak nak buat camne dan berapa mukasurat kena buat. Nanti dia semangatlah nak tunjuk dan buat semuanya. Pastu masa dia tengah buat kerja tu kenalah borak² sikit, tanya seronok tak buat kerja sekolah? Dah layan camni memang semangatlah dia nak buat, takde pun sambil lewa atau malas².

Pastu bila dia tulis cantik dan kemas wajib puji tau, lagilah seronok dia. Terus buat tulisan cantik², nak dapat A katanya. Kalau tulisan tak cantik nanti dapat B, haaaaa itulah yang naikkan semangat dia! Jadi dari mula hingga awal dia akan tulis cantik², kalau nampak kurang cantik dia akan betulkan semula.

Sebenarnya kalau kita bagi perhatian dan pujian camni bila anak² nak buat kerja sekolah ia akan membantu mereka lebih peka terhadap kerja yang cikgu berikan. Janganlah biarkan mereka buat sendiri, pastu bila anak² tanya langsung tak beri perhatian. Pujian apatah lagi, itu yang membuatkan mereka malas dan selalu bagi alasan takde kerja sekolah.

8 ulasan:

  1. Setuju. Lagi satu anak perempuan lebih rajin dan suka buat kerja sekolah banding ngan anak lelaki.

    BalasPadam
  2. bijak airis ni,heheheeh terkena mama ye.

    BalasPadam
  3. betul tu kak mas.sy ada baca buku parenting.mmg kene bg pujian pada anak2 contohnya "bagus anak mama tolong mama harini."nanti akan meningkat sikap positif die dan dia akan lebih seronok utk tolong kita.

    BalasPadam
  4. bijaknya airis ni! hahaahahah

    BalasPadam
  5. Sama macam mikhail.. Kena puji, bg perhatian sikit. Maybe sebab da adik, dia rasa tersisih kot

    BalasPadam
  6. budak memang suka kena puji, kena cakap lemah lembut..hehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com