Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 18 Jun 2021

Tahniah Kakak!

Assalamualaikum...(^ ^)

Masih belum terlewat untuk Mas abadikan kenangan terindah ni, alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan kakak Atikah menghadapi SPM 2020.


Pada 10 Jun yang lepas telah keluar keputusan SPM 2020, syukur kakak Atikah berjaya dapat 6A. Memang dia pun tak sangka dapat sebagus tu, yelah dengan belajar di dalam keadaan pandemik ni memang agak mencabar. Tapi syukur cikgu² banyak membantu dengan kelas online setiap hari, dengan latihan dan nota² yang lengkap. 

Pastu kakak Atikah memang berusaha keras untuk dapatkan keputusan yang baik, siang malam Mas tengok dia belajar. Kadang tu Mas yang risau dok tengok khusyuk sangat belajar tanpa pedulikan hal lain. Jadi Mas selalu nasihatkan dia buat setakat yang mampu, jangan terlalu paksa diri. Yelah bukan apa takut tertekan pulak!

Cuma dia agak terkilan jugak sebab Add Math tak dapat kredit. Tapi Mas kata takpe, janji semua lulus dan ada peluang untuk dia sambung belajar. Dapat semua A pun bukan jaminan di dalam keadaan sekarang, yang penting kita ada kemahiran dan pengalaman. Sebab tu Mas galakkan dia pilih course yang dia minat, dia mampu bawak hingga habis semester dan mudah untuk dapat kerja nanti.


Kalau ikutkan memang dah ada course yang dia minat, dia pilih Sains Forensik. Cuma nak ambik course tu kena masuk matrikulasi dulu, macam dia kena 2 tahun sebab tak kredit Add Math. Jadi fikir punya fikir dia kata lebih baik ambik Diploma dulu selama 3 tahun pastu sambung Ijazah selama 2 tahun. Haaa sama jer tempoh belajar dengan masuk matriks, 5 tahun jugak!

Haaa bagi Mas, memang ikutkan jer pilihan dia. Mas tak nak paksa, biar dia tentukan sendiri. Mas cuma doakan dia dapat sambung belajar ke peringkat lebih tinggi dan akan dapat kerja yang bagus nanti!

6 ulasan:

  1. tahniah kakak. selamat maju jaya

    BalasPadam
  2. Tahniah kakak! Wahh bagus dia. Nak ambil jurusan Sains Forensik.
    Minat meneroka sains anak sis ni, good luck kakak!

    BalasPadam
  3. Thanks for sharing

    visit our website

    ittelkom jakarta

    BalasPadam
  4. Wah.. Sains forensik. Best tu. Good luck in your future kakak. Tak kisahlah amik course apa pun. Dapat yang minat lagi best dan bersemangat nak study

    BalasPadam
  5. Hi there

    Very nice post and blog, keep sharing the best content with us, hope to read more interesting articles like this one around here

    take care and regards

    Your follower

    Salvatore from Cataratas do Iguaรงu

    ....

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com