Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 13 Februari 2020

Masalah lutut kanan Airis

Assalamualaikum...(^ ^)

Sebelum ni Mas tak pernah tahu pun pasal masalah lutut Airis ni, tapi pernahlah husband cerita dia mengadu lutut dia sakit. Masa tu dia umur 5 tahun dan bila rasa sakit dia akan mengadu pada husband Mas je, jadi Mas ingat takdelah masalah serius. Pastu sakit tu bukan datang kerap, dalam setahun tu ada lah 2-3 kali dia mengadu. 

Tapi sejak tahun lepas Mas tengok kerap jugaklah dia mengadu lutut tu sakit, terutama bila dia terlalu aktif main. Ada sekali tu dia duduk melutut terlalu lama buat kerja sekolah, tiba² menangis cakap lutut dia sakit sangat. Sampai tak boleh nak luruskan kaki tu, kena sapu minyak panas dulu pastu gerakkan kaki tu perlahan² barulah boleh lurus. Lutut dia ni bila bengkok dan luruskan akan nampak macam pergerakan dan keluarkan bunyi, bila tengok nampak macam tulang tu termasuk keluar. Haaa camtulah, Mas pun tak reti sangat nak terangkan.


Bila tengok dia sakit camtu Mas risaulah jugak, terus suruh husband bawak dia ke KK Salak. Bila jumpa doktor katanya masalah knee ligament, mungkin disebabkan jatuh katanya. Cuma setahu Mas takde pulak Airis mengadu pernah jatuh yang akibatkan lutut dia sakit, tanya banyak kali pun dia tetap cakap takde. Tapi doktor cakap dia pun tak dapat pastikan, kena rujuk hospital dan jumpa Pakar Ortopedik dulu. Jadi doktor KK Salak sediakan refer letter ke Hospital Serdang.

Bila dah pergi hospital kami dapat tarikh temujanji semalam untuk jumpa Pakar Ortopedik. Jumpa je doktor dan pemeriksaan dibuat katanya masalah tu macam habitual action, iaitu Airis selalu buat pergerakan tu sehingga menjadi habit. Cuma doktor tak boleh nak sahkan betul², kena xray dulu untuk tengok samada betul ke masalah tulang tu boleh termasuk keluar bila dia lurus dan bengkokkan kaki. 

Tapi bila dah xray, tulang dia takde masalah. Jadi kenalah rujuk ke Pakar Tulang Kanak² pulak. Semalam sampai 2 doktor pakar dan 3 doktor MO dok tengok lutut dia, naik cuak pulak Mas tengok muka Airis. Yelah 5 doktor kerumun dia dah suruh jalan ulang alik, suruh bengkok dan luruskan kaki banyak kali. Tapi semalam belum ada pengesahan betul² apa masalah lutut dia, serius atau tak belum tahu lagi. Pakar Tulang Kanak² tu cakap kemungkinan masalah urat atau saraf, untuk kepastian dia kena scan dulu kaki Airis tu baru boleh nampak keseluruhan pergerakan tu. 

Lagi pun pakar kata kes Airis ni pertama kali mereka tengok, sebab tu kena pastikan betul². Jadi kena datang lagi temujanji bulan 6 nanti, masa tu kena scan keseluruhan kaki kanan dia dan akan xray dari lutut hingga ke hujung jari kaki. Doktor pakar kata masalah Airis ni takdelah serius sangat sebab dia masih boleh berjalan dan berlari, cuma doktor takut urat tu akan membengkak kalau dia aktif sangat. Jadi kalau dia mengadu kerap sangat, doktor akan percepatkan temujanji. 

Buat masa ni Mas tengok camne perkembangan dia, kalau tak kerap sakit Mas tunggu je hingga bulan 6. Pastu kena pantau lah pergerakan dia, tak boleh aktif sangat dan tak boleh selalu main gerakkan lutut tu. Harap temujanji bulan 6 nanti takdelah masalah serius! 

1 ulasan:

  1. adoiiii airis,ngilu lutut cik sue yang sakit juga ni huhuuu moga airis tak apa2,cik sue ni ye la dah berumur ,solat pakai kerusi dah skrg huhuuu...

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com