terkini dan sensasi

Khamis, 9 November 2017

Jaga makan ketika berpantang

Assalamualaikum...(^ ^)

Ketika berpantanglah kita nak badan sentiasa sihat dan kuat kan, yelah mana nak jaga baby lagi dan jaga diri sendiri. Pastu memasak pun Mas kena buat sebab husband dah kembali bekerja, masa dia cuti dulu memang dia yang masak. Lagi satu nak berjaga malam lagi kalau anak meragam, memang badan penat sebab tak cukup tidur. 


Jadi Mas kena betul² jaga kesihatan dalam pantang ni, salah satu caranya makan makanan sihat dan berkhasiat. Kadang pemakanan yang membuatkan badan kita sakit dan lemah² kalau tak jaga betul². Memang tak boleh makan sebarangan nanti boleh sakit urat, bentan, kena tuju angin dan macam² lagi. Kalau dah sakit tu camne kita nak jaga baby kan? 

Untuk kekal sihat Mas jaga makan dan pilih yang berkhasiat dan tak memudaratkan, Mas banyakkan makan sayuran hijau, buah-buahan dan protein. Sayur pilihan ialah sawi putih, lobak putih, lobak merah, brokoli dan ulam pegaga. Buah-buahan pulak Mas makan buah epal merah, epal hijau, anggur dan limau sunkist. Pastu Mas makan ikan salmon sebab ia bagus untuk kesihatan dan banyak khasiatnya. 


Bila kita dah jaga pemakanan ni takdelah badan sakit , sebab kita tahu kan pantang makanlah kena jaga betul². Tersilap makan sikit boleh datangkan masalah pada kita dan baby jugak, sebab baby menyusu badan kan? Misalnya makanan berangin mesti kena elakkan, nanti tak pasal² kita kena tuju angin dan baby pulak kena kembung perut. Tak ke susah husband bila dua² dah sakit kan?

Jadi jagalah makan semasa pantang, pilih yang sihat dan berkhasiat. Bukan lama pun kena pantang makan tu, 44 hari je. Tapi bukan semua ye pantang 44 hari, ada makanan yang kena pantang setahun. Jadi pastikan kita tahu mana makanan yang kena lama sikit pantang tu, demi kesihatan diri!

5 ulasan:

  1. setuju,kena jaga makan sebab lepas bersalin badan dah berubah hormon tak macam anak dara dah huhuuu

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah .. makan makanan sihat masa berpantang.. barula badan sihat dan cergas..nak jaga baby ni kena banyak tenaga ..

    BalasPadam
  3. tengok makanan orang berpantang pun terliur , haha aduh tau xpe , selamat berpantang kak mas

    BalasPadam
  4. Sedap plak nampak makanan org berpantang hiks .. selamat berpantang kak Mas

    BalasPadam
  5. Masa berpantang memang banyak benda kena jaga kan? Next year kena berpantang sendiri ni..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com