Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 17 November 2017

Kuala Lumpur, punyai tarikan tersendiri

Assalamualaikum...(^ ^)

Abang, lepas saya habis pantang ni bolehlah kita bawa anak² bercuti. Kesian kat mereka cuti sekolah nanti tak kemana². Lagi pun masing² sibuk dok tanya tak pergi jalan² ke cuti sekolah ni."

"Nak bercuti tu boleh tapi dengan keadaan kos sara hidup sekarang abang rasa tak sesuai, sebab banyak nak guna duit kalau bercuti ni. Kos minyak, tol, hotel dan makan minum tu semua kena bajet."

"Hurmmm betul jugak tu! Kalau camtu kita bercuti kat Kuala Lumpur jelah. Jimat bajet dan anak² pun tentu seronok dapat jalan²."


Haaaaa bawak anak² bercuti di Kuala Lumpur? Apalah yang ada kat Kuala Lumpur tu selain jalan yang sesak dan bangunan tinggi². Itulah korang, sebut je about Kuala Lumpur terus ingat tak boleh bawa anak jalan². Jangan tak tahu, Kuala Lumpur pun banyak tempat menarik yang boleh dilawati bersama keluarga untuk isi masa terluang cuti sekolah nanti. Pastu nak pergi ke tempat² menarik ni mudah sangat sebab ada banyak pengangkutan awam disediakan seperti LRT, Komuter dan MRT. Lagi satu tempat makan dan restoran pun banyak, jadi tak perlu pening nak singgah makan selepas penat jalan².

Dah puas melawat tempat² menarik dan perut kenyang boleh pergi membeli belah. Terkenal dengan syurga membeli belah terdapat banyak pusat membeli belah seperti Sogo, Mid Valley, Pavillion, One Utama, Time Square, Suria KLCC dan banyak lagi. Cakap je apa nak beli, semua ada di Kuala Lumpur!

Jadi jom Mas bawak korang menggembara ke kota metropolitan ni, pasti korang teruja nak pergi ke tempat² menarik di Kuala Lumpur. Ia punyai tarikan tersendiri yang tak terdapat di tempat lain tau!

Mini Zoo @ KL Tower
Tau tak korang dalam bandaraya Kuala Lumpur yang sibuk tu ada Mini Zoo, dan ianya terletak bersebelahan dengan KL Tower. Jadi sesuai sangat untuk korang bawa anak² ke sini, pasti mereka seronok dapat beramah mesra dengan haiwan² yang jinak serta boleh pegang, sentuh, peluk dan bagi makan haiwan² jinak di sana. Bukan anak² je teruja tau, mak ayah pun sama. 

Mas dah pernah jejak kaki ke Mini Zoo @ KL Tower ni, dan memang Mas sarankan korang pergi. Selain bagi makan kita dapat mengenali haiwan² di situ dengan lebih dekat. Apa habitat mereka, makanan mereka dan tabiat mereka. Haaa bagus untuk pembelajaran dan pengetahuan anak², bukan setakat seronok tapi dapat ilmu gitu!

Harga tiket masuk pun berpatutan. RM32 untuk dewasa dan RM27 untuk kanak² serta warga emas, untuk kanak² di bawah ketinggian 90cm adalah percuma. Pastu ada jugak harga pakej untuk 2 dewasa dan 2 kanak² serendah RM98 sahaja. Haaaa memang berbaloi! Waktu operasinya pulak pada setiap hari Isnin-Ahad jam 10 pagi hingga 9 malam.



KLCC Skybridge
KLCC sudah tentu punya tarikan untuk dilawati, selain dari pusat membeli belah terdapat jugak Petrosains dan yang paling menarik KLCC Skybridge. Haaa korang pernah tak jejak kaki ke skybridge tu, kalau tak pernah kena pergi tau. Boleh tengok permandangan seluruh kotaraya Kuala Lumpur dari atas jambatan tu, teruja tau!

Mas dah pernah naik ke KLCC Skybridge ni dalam tahun 2011, memang pengalaman menarik yang sentiasa diingati. Hanya ada 2 sesi je kalau nak naik ke skybridge ni, satu jam 11 pagi dan satu lagi jam 2 petang. Masa berada atas tu memang kena patuhi aspek keselamatan yang diberikan dan 15 minit je masa diberi untuk jalan² atas skybridge dan bergambar untuk kenangan. Tapi walaupun sekejap ianya menyeronokkan tau, korang kena cuba naik.

Harga tiket pun tak mahal cuma RM30 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak² serta warga emas menggunakan Mykad. Pastu nak beli tiket ada 2 cara samada secara online di website atau datang sendiri ke Concourse Level KLCC, cuma nak beli sendiri kena datang beratur seawal jam 8.30 pagi.



Aquaria KLCC
Ini satu lagi tarikan di Kuala Lumpur yang sesuai dilawati terutamanya bawa anak², mesti mereka seronok. Terletak dalam KLCC ianya menjanjikan keterujaan pada anak² kerana dapat tengok pelbagai jenis ikan dan hidupan laut, pastu dapat belajar dan kenali hidupan air yang terdiri dari pelbagai spesis. Bukan setakat pelbagai jenis ikan tapi ada jugak hidupan lain yang dapat mereka kenali.

Pastu kalau bernasib baik dapat tengok pekerja di Aquaria ni beri makan kepada ikan². Masa Mas pergi tu paling seronok dapat tengok semasa mereka bagi makan ikan sumpit. Makanan akan diletak di board target pastu ikan tu akan sumpit air untuk jatuhkan makanan, memang hebat tau sebab tepat je ikan tu sumpit air mengena sasaran. Haaa kena pergi tengok sendiri baru seronok dan memang sesuai sangat bawa anak² ke Aquaria ni.

Bagi yang tak pernah masuk ke Aquaria KLCC, ini senarai harga tiket. Bagi kita pemilik MyKad harga akan lagi murah! RM46 untuk dewasa, RM43 untuk warga emas 60 tahun ke atas dan RM35 untuk kanak² (3 tahun ke bawah percuma).



Planeterium Negara
Anak² korang minat tentang ilmu angkasa lepas tak? Kalau minat di Kuala Lumpur ada Planeterium Negara yang menarik untuk dikunjungi. Apa yang Mas baca, tarikan utama planeterium ialah ruang teater yang menayangkan rancangan mengenai angkasa lepas. Ruang pameran jugak meliputi kawasan luar bangunan dengan replika jam matahari Stonehenge dan lain² balai cerap purba yang dibina.

Mas memang tak pernah bawa anak² ke sana, jadi bolehlah pergi cuti sekolah nanti. Banyak aktiviti katanya yang boleh dilakukan oleh anak² di sana seperti permainan berunsur sains dan merasai sendiri pengalaman di angkasa lepas. Pastu kat sini jugaklah aktiviti melihat anak bulan atau gerhana dilakukan, wahhh menarik ni! Memang Mas kena bawak anak² melawat ke sini.

Yang menarik nak masuk ke Planeterium Negara ni percuma je, cuma kena bayar untuk tengok tayangan 3D. Harga tiketnya ialah RM6 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak². 


Zoo Negara
Ini lagi satu tempat yang anak² mesti teruja nak pergi, terutama anak² yang suka haiwan. Kalau anak² Mas memang suka ke Zoo Negara, habiskan masa seharian di sana pun mereka tak jemu. Lagilah dah ada tarikan baru iaitu Giant Panda Conservation Centre, terujalah anak² nak pergi. Dapat tengok panda depan mata sendiri memang pengalaman yang sangat berharga, selain tu dapat ilmu pengetahuan mengenai kehidupan panda ni.

Pastu di Zoo Negara sekarang dah menarik sebab banyak haiwan yang kita boleh tengok, dan ada jugak Multi Animal Show dimana kita boleh lihat haiwan² yang bijak membuat pertunjukan. Seronok tau dapat tengok kecerdikan dan kepandaian haiwan² tu buat persembahan, ikut je arahan tuan mereka. Rasa nak ambil bawa balik pelihara kat rumah je, hehehee!

Harga tiket masuk pulak ialah RM44 untuk dewasa, RM16 untuk kanak² (3-12 tahun), RM21 untuk warga emas 60 tahun ke atas. Pastu di dalam tu ada disediakan tram, kalau malas nak jalan kaki bolehlah naik tram tu dengan bayaran hanya RM8 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak².



Muzium Negara
Bagi korang yang punyai anak² yang obses pada ilmu sejarah jangan risau, Muzium Negara kan ada! Kat sana bermacam² kesan peninggalan sejarah dipamerkan, dari zaman batu hinggalah yang terkini. Terdapat 4 galeri kat sana iaitu Galeri A: Sejarah Awal, Galeri B: Kerajaan² Melayu, Galeri C: Era Kolonial dan Galeri D: Malaysia Kini. Setiap galeri ni mempamerkan cerita dan sejarah mengikut era dan beberapa zaman di Malaysia ni.

Pastu di luar muzium jugak ada dipamerkan pelbagai jenis pengangkutan yang digunakan pada zaman dahulu hingga sekarang seperti kereta, keretapi, kereta bomba, kereta polis dan kereta kebal Bukit Bendera. Haaa selain dapat tengok pameran, boleh timba ilmu pengetahuan serta dedahkan anak² tentang sejarah negara kita Malaysia.

Harga tiket masuk pulak cuma RM2 untuk dewasa dan kanak², RM1 untuk warga emas dan OKU serta percuma untuk kanak² bawah 12 tahun dan pelajar sekolah menengah yang berpakaian seragam lengkap. Waktu operasinya pulak dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.


Haaaaa camne, puashati tak? Siapa sangka kan banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Kuala Lumpur, bukan hanya tengok kesesakan lalulintas je. Bagi Mas yang tinggal di Lembah Klang sesuai sangatlah pilih Kuala Lumpur sebagai tempat jalan² bersama keluarga, jimat bajet gitu! Tak perlukan belanja yang besar, dekat pun ye jugak.

Jadi kalau nak tahu lebih lanjut lagi tentang tempat² menarik tu bolehlah layari website Traveloka, banyak info berguna kat situ. Semua maklumat mengenai tempat² menarik untuk dilawati di Malaysia ada, merangkumi 14 buah negeri. Cepat² muat turun aplikasi Traveloka, senang nak cari mana tempat² menarik di Malaysia yang boleh kita pergi. Cuti sekolah dah dekat, inilah masa nak rancang percutian!

12 ulasan:

  1. tak pernah tau kt menara kl ado zoo

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa dah tau ni bolehlah pergi bawak keluarga, tiket pun tak mahal.

      Padam
  2. Banyak tempat menarik kat Kl ni , ooo blh tgk kat traveloka jugak .. mudahla

    BalasPadam
  3. Aaahhh... Actually byk jugak tempat untuk kita Explore... Hihihi

    BalasPadam
  4. Betul, banyak tempat menarik kat KL ni. Petrosains dan Pusat Sains pun sesuai sgt untuk bawa anak anak.

    BalasPadam
  5. Banyak rupanya tempat yang boleh kita pegi kalau kat KL nie. Nanti boleh la plan jalan-jalan masa weekend. selalu tak tau nak pi mana..

    BalasPadam
  6. Best klu ank dah besar senang bwk jln2 ni..

    BalasPadam
  7. kuala lumpur memang menarik sebenarnya, ada lagi tempat menarik macam pasar seni, tapi IQ tak berkesempatan lagi nak pergi aquaria mcm kat atas tu, macam best jer!

    BalasPadam
  8. kat kl ni banyak tempat melancong..best2

    BalasPadam
  9. Good info KakMas.. Senang sikit nak plan lawatan satu family cuti sekolah ini bila dah tau rege tiketπŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

    BalasPadam
  10. saya yang duduk KL pun belum habis explore KL.. hee~

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com