Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 23 November 2017

Ujian saringan pendengaran

Assalamualaikum...(^ ^)

3 orang anak sebelum ni tak pernah pun ada buat ujian saringan pendengaran, Mas dan husband yang kena pantau sendiri samada mereka ada masalah pendengaran atau tak. Tapi sekarang setiap hospital dah titikberatkan program saringan pendengaran, jadi setiap bayi yang lahir kena buat ujian. Ini senang untuk pastikan dari awal bayi kita ada masalah pendengaran atau tidak.


Aiyra dah buat ujian pertama masa dia berumur 5 hari tapi tak berjaya, pakar ENT tak dapat keputusan tepat pasal pendengaran dia. Jadi kenalah buat ujian kali kedua pulak pada hari ni, kalau tak berjaya akan ada ujian ketiga. Hari ni Mas bawalah Aiyra ke Hospital Serdang untuk temujanji tu, dengan doa dan harapan tiada apa² masalah. 

Lepas daftar terus ke Klinik ENT untuk ujian saringan, dan sebelum buat ujian kena tidurkan bayi kita dulu. Ini untuk memudahkan ujian serta dapatkan keputusan yang lebih tepat. Yang ni mencabar sikit sebab Aiyra dah nak masuk umur 2 bulan jadi bukannya mudah nak tidurkan dia seperti umur 5-6 hari. Makan masa dekat sejam jugak Mas dodoikan dia nak bagi tidur, naik lenguh tangan.


Bila dia dah betul² lena terus mulakan ujian, tak boleh tunggu lama nanti dia terjaga semula. Cara ujian dilakukan ialah headphone khas akan diletakkan secara bergilir di telinga kiri dan kanan, kemudian bacaan graf di komputer akan rekod. Kalau graf menaik dan sampai ke garisan hijau bermakna ujian lulus dan bayi tiada masalah pendengaran. Lepas tu akan dibuat pulak ujian dengan meletakkan earphone di telinga bayi, secara bergilir jugak kedua belah telinga. Ujian ini untuk pastikan gegendang telinga bayi berfungsi dengan baik.

Selepas kedua ujian tu alhamdulillah pendengaran Aiyra baik dan tiada masalah, jadi tak perlulah buat saringan ketiga. Dia pun tidur lena sangat masa buat ujian tu, memang memudahkan kerja pakar dan keputusan tepat pun boleh diperolehi. Syabas anak mama! 

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah, semoga baby Aiyra baik-baik saja

    BalasPadam
  2. baru tau pasal ni...kene buat juga ni dekt fariza

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com