terkini dan sensasi

Selasa, 7 November 2017

Cara legakan selsema bayi

Assalamualaikum...(^ ^)

Sekarang ni musim hujan panas jadi mudahlah anak² dijangkiti selsema dan batuk, Aiyra pun dah selsema. Pastu berjangkit jugak dari kakak Airis, sebab kakak sepanjang masa dok cium adik je. Hehehee, tak boleh buat apa dah. Marah dan larang pun memang tak jalan, semacam je dia cium adik.


Jadi bila Aiyra selsema memang dia tak selesa terutama bila nak tidur dan menyusu, tersekat² pernafasan sebab hingus penuh dalam hidung. Kadang sampai tersedak dan menangis waktu menyusu dek hidung tersumbat, kesian sangat! Kita yang tengok pun rasa tak selesa, ini pulak dia. Baby bukannya reti nak hembus hingus lagi, jadi Mas kena cuba pelbagai cara untuk legakan selsema dia.

Cuba jugak petua letak air kunyit kat hidung nak bagi pernafasan dia selesa, berkesan jugak tapi tak lamalah. Pastu letak jugak Vicks kat leher, dada, belakang dan hidung dia selepas mandi supaya nafasnya lancar, bolehlah bagi lega kan? Lagi satu sapu jugak minyak bawang putih sebelum dia tidur, berkesan jugak dan nampaklah dia boleh tidur. Tapi semua cara ni bukan dapat sembuhkan selsema dia dengan cepat, lebih kepada melegakan.


Untuk cara yang lebih berkesan Mas gunakan penyedut hingus, beli je kat farmasi. Mas beli yang camni sebab lebih senang nak sedut, pastu takdelah sakitkan baby kita. Nak buat pun senang, masukkan muncung tu ke dalam hidung baby. Pastu sedutlah menggunakan tiub yang disediakan, nanti hingus akan terkumpul dalam botol. Tapi sebelum buat pastikan baby kita dalam keadaan duduk menegak, ini untuk mudahkan proses sedutan. Sebelum sedut tu jugak picitkan sedikit Nasal Spray ke dalam hidung baby untuk bagi hingus dan lendir mudah keluar.

Semalam 2 kali Mas dan husband buat dekat Aiyra, alhamdulilah nampak lega sikit hidung dia dan dapat bernafas dengan selesa. Masa buat memang banyak jugaklah hingus dan lendir terkumpul. Tidur dan menyusu malam tadi pun dah tak tersekat² pernafasan dia, dapat tidur lena dan menyusu pun senang. Mas akan teruskan proses sedutan tu sampailah selsema dia baik, memang akan makan masa sikit. Tapi takpe kan, janji Aiyra selesa dan cepat sembuh!

8 ulasan:

  1. dkna beli minyak aroma dengan rara .. so far, muqri selsema dan batuk makin berkurang

    BalasPadam
  2. Oh, baru tahu alat sedut hingus bayi yang macam ni, dulu tahu yang macam belon tu jer, tak kuat kuasa sedutannya.

    BalasPadam
  3. Kesian aiyra semoga cpt sihat ye

    BalasPadam
  4. sterimar tu nampaknya nad pun kena beli juga..nad guna penyedut je..

    BalasPadam
  5. Semoga cepat sembuh baby Aiyra. sian ye selsema

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah selesa laa sikit bila dah sedut kan..kalau tak kita yang tgk ni pon kesian kat dia nak nafas sekat2..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com