terkini dan sensasi

Selasa, 2 April 2013

Kerja sekolah

Assalamualaikum...(^ ^)

Lega sikit rasa hati sebab Airis dah nak menyusu kat taska. Mas bekal 5 botol, habislah 3 botol. Alhamdulillah ada peningkatan dan harap² esok habislah 5 botol yang dibekalkan.

Hari ni nak cerita sikit pasal abang dan kakaknya, perihal mereka buat kerja sekolah. Si kakak kalau buat kerja sekolah tak payah disuruh sebab dari darjah satu lagi dia tahu pasal tu. Tapi si abang Arfan ni, setiap kali balik sekolah kena tanya ada homework tak. Kalau tak tanya memang dia tak akan buat. Pastu setiap kali buat kerja sekolah kena bertunggu, kalau tak tunggu jadi macam dalam gambar ni.



Masa khusyuk, dia buatlah sebab mama dok jengil sambil pegang rotan. Tak sampai seminit mama terlelap sekejap, tengok dia dah dok main². Bila mama tegur cepat² dia capai pensil dan sambung semula buat kerja, geram betul Mas!

Anak lelaki ni memang banyak main sikit, sebab tu kena pantau dan bagi perhatian lebih. Dia bukan tak boleh buat tapi selalu leka nak main.

4 ulasan:

  1. sy bru lega, baru 2 hr anak lelaki sy 6 yr masuk kelas tution sekali wat homework wktu ptg.kalu tak.. tiap hari rasa buntu nk pujuk dia siapkn homework.wlaupn baru tadika, tapi kena dsiplinkn dia dr skrg.
    nk bg pndgn ckit..bleh.?..rasenyer tk elok utk budak2 wat kerja sambil meniarap gitu...coz tk elok utk aliran darah n postur bdn kanak2.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas...biasa la tu budak2 mmg kena pantau...:)

    BalasPadam
  3. wahh rajin tul anak akak kan..bagos2..pandai mak die ajar

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com