terkini dan sensasi

Ahad, 28 April 2013

Nur Airis Arissa : 5 bulan

Assalamualaikum...(^ ^)


Tenggelam timbul tenggelam timbul Mas ni kan, kejap update pastu 3 hari tak update. Nak buat camne, masa terhad sangat sejak dah kembali bekerja ni. Masa itu emas kan?

Hari ni nak cerita perkembangan Airis dah masuk 5 bulan ni, meniarap memang dah pandai. Dah boleh pusing 360° dan baring sendiri bila dah penat meniarap. Sekarang ni dia tengah belajar nak tegakkan lutut dan angkat bontot, dia dah boleh buat cuma tak pandai nak tahan dengan tangan lagi. Jadi caranya dia tahan dengan kepala pastu goyang² bontot, comel je!


Mulut memang riuh, sentiasa nak cerita² kalau kita borak dengan dia. Kuat minum susu, jadi mama kena usaha pam susu setiap hari. Pastu kuat menjerit, kalau kita lambat panaskan susu atau bila dia dah bosan mesti jerit kuat² untuk tunjukkan tanda protes. Geram nak gigit mulut comel tu!

Alhamdulillah, Airis membesar dengan sihat. Lagi sebulan dah boleh bagi solid food. Tak sabar nak tengok dia nganga mulut tunggu mama suap makanan, mesti comel.

5 ulasan:

  1. Airis makin comel..baju pun comel siap ade love love lagi tu :) semoga membesar dengan sihat ye.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas....mmg cute sangat Airis ni la...;)

    BalasPadam
  3. wah cepatnya membesar. kejap je dah 5 bulan. semoga membesar dgn sihat & kuat ya nur airis arissa ;)

    BalasPadam
  4. cepat jugak dia membesar. pasni dah boleh jalan pulak! :D

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com