Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 17 Mei 2019

Nasi Arab Ayam Panggang

Assalamualaikum...(^ ^)

Ini kali kedua Mas cuba buat Nasi Arab, tapi tak pernah kongsi resepi. Walaupun Mas tengok jugak dekat google tapi bila nak buat Mas olah sendiri ikut cara Mas, takde tiru resepi asal bulat². Alhamdulillah hasil olahan tu berjaya, menjadi dan sedap nasinya macam yang beli. 

Pastu kali ni Mas buat Nasi Arab Ayam Panggang, ayam tu Mas tak rebus pun. Perap je selama 4-5 jam pastu panggang dalam Air Fryer. Fuhhh memang bertambah anak² makan. Jom tengok resepinya. 


Bahan-bahan Nasi Arab
3 pot beras Basmathi
1 biji bawang besar (hiris nipis)
3 ulas bawang putih (hiris nipis)
Kulit kayu manis + buah pelaga + bunga lawang (bahan tumis)
2 sudu besar unsalted butter (untuk menumis)
2 kiub pati ayam Maggi
Garam secukup rasa
½ sudu jintan manis + ½ sudu jintan putih + ½ sudu lada hitam + ½ sudu buah pelaga (goreng tanpa minyak dan kisar)

Cara² membuatnya
1. Cairkan unsalted butter dan masukkan bahan tumis, kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih. Masak hingga kekuningan dan naik bau. 

2. Seterusnya masukkan bahan kisar dan kacau hingga sebati. Bila bahan² tu dah sebati masukkan beras yang telah ditoskan dan gaul rata. Bila nasi dah bercampur elok dengan bahan² tumis tu bolehlah tutup api.

3. Masukkan air mengikut sukatan periuk nasi sendiri, pastu masukkan garam dan 2 kiub pati ayam Maggi. Bolehlah dimasak seperti biasa. Bila nasi dah kering kacau rata dan titiskan pewarna kuning telur, nak makan nanti baru gaulkan.


Bahan-bahan Ayam Panggang
1 ekor ayam sederhana (potong 10-12 bahagian)
2 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan garam
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
5 ulas bawang putih (ditumbuk)

Cara membuatnya senang je, gaul semua bahan dengan ayam dan perap selama 4-5 jam. Kemudian masak dalam Air Fryer selama 20 minit pada suhu 180°C. Untuk ayam masak sekata, panggang 10 minit pastu balikkan ayam dan panggang lagi 10 minit. Kalau takde Air Fryer boleh masak dalam kuali ajaib je. 

Selamat mencuba!

3 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com