Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 21 Mei 2019

Nasi Daging dan Salsa Nenas Tomato

Assalamualaikum...(^ ^)

16 Ramadhan dah kita berpuasa kan, alhamdulillah Mas masih diberi kesihatan untuk berpuasa serta memasak untuk suami dan anak². Setakat hari ni memang juadah berbuka masak sendiri, takde pun beli di bazar. Cuma kuih jelah ada yang beli sebab malas atau penat nak buat! 


Pastu bila puasa nilah terlebih rajin nak masak macam² menu yang tak pernah masak, selera orang berpuasa kan? 12 Ramadhan hari tu Mas pertama kali cuba masak Nasi Daging, lama dah sebenarnya teringin makan tapi malas nak buat. Bila dah rajin terus buat, resepi pulak Mas olah sendiri dari pelbagai resepi yang Mas tengok kat google. Mas buat jugak Salsa Nenas Tomato, haaa yang ni memang reka sendiri je. Jom tengok resepi! 

Bahan-bahan Nasi Daging
1kg daging (potong dan rebus hingga empuk)
3 pot beras Basmathi
Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih (bahan tumis)
1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih dan 1 inci halia (dihiris halus)
1 sudu unsalted butter
2 sudu minyak masak
1 helai daun pandan
1 kiub pati ayam Maggi
2 sudu rempah kurma


Cara² membuatnya
1. Cairkan unsalted butter dan campurkan minyak masak, kemudian tumis bahan tumis dan bahan yang dihiris halus. Masak hingga kekuningan dan naik bau.

2. Seterusnya masukkan rempah kurma dan kacau hingga sebati. Bila bahan² tu dah sebati masukkan beras yang telah ditoskan dan gaul rata. Bila nasi dah bercampur elok dengan bahan² tumis tu bolehlah tutup api.


3. Masukkan daging yang telah direbus tadi bersama 3 senduk air rebusan daging. Kemudian tambah air masak mengikut sukatan periuk nasi sendiri, pastu masukkan daun pandan, garam dan 1 kiub pati ayam Maggi. Bolehlah dimasak seperti biasa.



Bahan-bahan Salsa Nenas Tomato
½ biji nenas masak (separuh untuk kisar dan separuh ptong segitiga)
2 biji tomato (1 untuk kisar, 1 dipotong dadu)
2 biji cili api
1 biji cili besar
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu cuka epal
½ cawan air

Cara nak buat sangat senang, tak perlu dimasak pun. Kisar semua bahan di atas hingga hancur, pastu tuang dalam mangkuk. Kemudian campurkan nenas dan tomato yang dipotong tadi, kacau hingga sebati. Dah siap dan serius sangat sedap dimakan dengan Nasi Daging ni!

Selamat Mencuba! 

1 ulasan:

  1. sedap menu nie selalu juga masak setiap kali ramadan cuma tahun ini x sempat lagi hehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com