Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 26 April 2017

Kemeriahan Photoshoot Raya KBBA9

Assalamualaikum...(^ ^)

Walaupun dah beberapa hari berlalu tapi setiap kali tengok semula gambar² sekitar photoshoot ni pasti tersenyum sendirian. Memang photoshoot kali ni adalah yang paling meriah, hampir 40 orang tu blogger KBBA9 berkumpul. Itu belum lagi semua adik beradik KBBA9 ni berkumpul, kalau tak mesti lagi meriah dan gamat suasana.


Lokasi yang menjadi pilihan untuk photoshoot kali ini adalah di Muzium Warisan Melayu, Universiti Putra Malaysia. Mas baru tahu pasal muzium ni dan baru pertama kali jejak kaki di sini. Bila sampai je memang terasa seperti berada di kampung, dengan rumah kayu tradisional yang tersergam indah dan di kelilingi pohon² menghijau. Memang boleh mengamit memori dan nostalgia suasana hari raya di kampung semasa kecil² dulu.

Jadi kalau nak buat photoshoot untuk mengimbau memori dan kenangan di kampung memang muzium ini adalah lokasi yang sesuai.



Pastu yang paling nostalgia bila makan tengahari yang disajikan oleh pihak Muzium Warisan Melayu UPM disediakan dengan cara makan berhidang. Fuhhh dengan duduk bersila, lauk pauk masakan kampung dan beralaskan tikar mengkuang memang buat kami terasa berada di kampung. Semuanya berselera makan, siap bertambah 2-3 pinggan tu!


Bergaya anggun dan kacak Blogger KBBA9
Selain lokasi yang menarik dan makanan yang sedap, semua blogger KBBA9 yang terlibat bergaya anggun dan kacak di hadapan lensa kamera. Mana taknya, semuanya dapat hasil sentuhan dari MUA terbaik dan ada jugak para blogger mengayakan busana yang ditaja khas. Jadi memang dah macam suasana hari raya sebenar!

Mas pun tak ketinggalan untuk bergaya anggun dan cantik. Terima kasih pada MUA Aleea kerana sudi cantikkan Mas pada hari tu, barulah yakin nak bergaya di depan kamera kan? Inilah hasil sentuhan dari Aleea, suka sangat!



Terima kasih para penaja
Tanpa penaja yang sudi berkerjasama dengan kami pastinya Photoshoot Raya KBBA9 ni tak akan berhasil. Terutama sekali pihak Muzium Warisan Melayu, UPM yang sudi menaja lokasi yang sangat cantik, pastu jurugambar terkenal Wan Izhar yang sudi meluangkan masa mengambil gambar kami. Boleh baca bagaimana profesionalnya beliau di Wan Izhar Abu Bakar: Jurugambar terbaik!



Jutaan terima kasih jugak kepada penaja² lain yang sudi bekerjasama dengan KBBA9.

Biskut Raya: K.Roger's Cookies

Personal Hygiene Sanitizer: Waazu

Busana:
@byfaradila @bynanienazyracollections
Khimar & niqab by @niqavie_malaysia
Urban Thobe @uthobe
@butikpenmerah
@hanatajuddin
@sauq_scarf
@bajumelayuslimfit
7th Jehan
Little Prin Cess
Aizara Couture
Butik Farisha Hana
Cik Kiah Tailor Pukal

Penaja Mekap:
Mas by @yayabebeh.makeup
Saidila by @m.u.a_byilahamzah
Athirahassin by @alinaothman
Shazillah Sani by @makeupbyninanizam
Syima by @afifahbakri
YB Shehan by @akid.anuar
Nina Mirza by @lizamahizan
Ema by @jemarikuct_aischa
Moha/Kecik/Azura/Ieta/Fiza/Yanty by @theblushguru
Dell by @afifahbakri
SS/Hanani by @faeezah_pija
Qaseh/Sueizza by @hamidah_mat_shafie
Ayue by @emily.aisya
CikMa by @nyonyahanna
Kak Laila @kartina_khanib
Azni @byezzaharon
Cik EN by @elsbyeliyana
Bella by @surayasufian
Yanie by @sitinurfatehah
Nadia johari @lindaus
Umminani by @lilybeautyfacial
Yulia Fajrin by @nurfahazliani

9 ulasan:

  1. hehe, IQ dah jalan2 blog2 lain...still rasa rugi tak dapat join photoshoot yang lepas..harap next time IQ dapat join..

    BalasPadam
  2. persis model dah ni... terima kasih pada semua penaja yang terlibat.

    BalasPadam
  3. semua jadi model tiba2. hahhaa

    BalasPadam
  4. Meriah... Photoshot raya kali ni...

    BalasPadam
  5. assalamualaikum puan minta izin guna gambar yang paling atas tu untuk jadikan background assignment saya ya. gambar tak dipublikasikan cuma untuk video assignment sahaja. terima kasihhhh

    BalasPadam
  6. assalamualaikum puan minta izin guna gambar yang paling atas tu untuk jadikan background assignment saya ya. gambar tak dipublikasikan cuma untuk video assignment sahaja. terima kasihhhh

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com