terkini dan sensasi

Selasa, 10 Julai 2012

Mood berblog dah ada!

Assalamualaikum...(^ ^)

Ya Allah, lamanya blog berkubur tanpa update. Dah hampir dua bulan kan? Entah ada lagi ke pembaca blog ni, huhuhuu! Ini semua gara² kemalasan yang melanda tahap gunung tingginya, tengok blog rajin tapi nak menaip sesuatu tu memang takde mood langsung. Ramai kawan² yang bertanya bilalah nak update blog. Jawapannya senang, malas!

Tapi tiba² hari ni rasa rindu pulak nak menaip. Cuma rasa kekok sikit nak karang ayat, maklumlah dah lama otak ni beku. Bila mood berblog pun dah ada sikit², jadi Mas akan cuba update setiap hari macam mula berblog dulu.

Mas alhamdullilah sihat, alahan pun dah takde. Usia kandungan pun dah nak masuk 5 bulan. Si kecil dalam perut pun dah aktif menendang, terutamanya selepas Mas makan. Mungkin dia rasa seronok sebab dapat makan, tapi yang ajaibnya badan makin lama makin mengecil bukan makin membesar. Nak buat camne kan, Mas sekarang kena kawal diet. Maklumlah disahkan ada kencing manis hamil kali ni. Jadi makan memang kena kawal, 6kg hilang. Mas diet masa sebelum mengandung pun tak turun banyak camni, huhuhuu!

Setakat ni Mas belum lagi scan jantina anak. Kalau ikut husband dia tak bagi scan, nak suprise katanya. Macam Atikah dengan Arfan dulu memang Mas tak scan pun, semuanya ikut naluri. Tapi kali ni kena scan jugak sebab si kakak dan abang sibuk nak tau jantina adiknya. Jadi dah masuk 5 bulan nanti Mas akan pergi scan.

Ini gambar terbaru Mas sekarang, hehehee! Tak macam orang mengandung kan, maklumlah badan makin kecik. Ini gambar minggu lepas masa Mas pergi kursus kat Kuala Terengganu, dapat jugak jejak kaki kat Masjid Kristal.


18 ulasan:

  1. patut la lama sis menghilang

    BalasPadam
  2. kak mas!! wwooo rindu kak mas! hehe. syukur lah dah takde alahan semua dan semakin sihat.wahh baby pun umur dah 5 bulan! cepatnya masa berlalu... :') tak sabar nak tengok baby keluar.mesti comel macam mama dia!

    BalasPadam
  3. hai kak,dh ok dh alah eh.heheheh best nya akk turun.rara now naik mcm tong drum dh taw.

    BalasPadam
  4. long time no see...hihihi.... harap2 mood sy nk berblog x berkubur la kalau pregnant...haha

    BalasPadam
  5. a'ah la, tak nmpk mcm mengandung tp dh 5 bulan :D

    BalasPadam
  6. assalamualaikum mas....alhamdullilah dah sihat selamat kembali berblogging yer...

    kalau ada kencing manis ni memang kena kawal masa mengandung semoga mak n anaknya sihat yer....

    kecik jer perut mas tu ek anak lelaki kot....:)

    BalasPadam
  7. selamat kembali mas.... smg baby n mas sihat :-)

    BalasPadam
  8. hehe..ingatkan sy yg dah lama tak update..rupenya ada lg lama tu...
    malas ek...haha..pembawakan budak juga..ramai member internwt pregnant..apa2 pun jaga kesihatan ya..

    nampak besar je tp xnampak pregnant..kalo saya 5 bulan tu dah mcm cukup bln tgu beranak je..hehe..

    BalasPadam
  9. xprasan plak kak mas da lama x update..sejak cuti berpantang kat kampung mmg xbuka langsung blog..

    alhamdulillah, pregnant rupanya.. tahniah sbb pregnant n betul la kak mas da kurus sikit..

    saya pun sedang dilanda penyakit malas nk update. sbb cuti pantang=cuti blog lama sgt kot

    BalasPadam
  10. wah rindu kat Mas ... lama betul mendiamkan diri

    BalasPadam
  11. alhamdulillah ibu dan baby sehat je..memang tak nampak akak pregnant dalam gambar tu..takpe kak,yang penting akak jaga diri dan baby tu..

    BalasPadam
  12. Rindu nak baca cite menarik dari akak secretary....

    BalasPadam
  13. aahlah mas, macam tak mengandung, tapi harap2 jaga kesihatan diri yea

    BalasPadam
  14. Salam Mas..wokeh,.. dah ada mood blogging ye..gud ..gud.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com