Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 21 Oktober 2014

Bila anak dara pandai memasak

Assalamualaikum...(^ ^)

Sejak Atikah masuk pertandingan chef cilik tu memang dia makin suka memasak, pantang Mas cakap nak masak mesti dia nak tolong. Kadang² tu Mas bagi dia masak sendiri je, tapi menu yang mudahlah. Contohnya buat Roti Telur Cheese ni, memang dia dah cekap.


Bagus bila anak dara dah pandai memasak ni, adalah orang nak bantu kita di dapur. Mas memang tak pernah paksa dia tapi rasa nak tolong tu datang dari diri dia sendiri. Mas cuma galakkan dan nasihatkan dia supaya rajin membantu ibu bapa, dari situlah dia mula belajar.

Tidak susah sebenarnya kita nak harapkan anak² membantu kita, yang penting kita kena pandai mulakan dan tanamkan sikap rajin membantu tu. Kalau kita biar sahaja dan tak pernah galakkan mereka membantu memang susahlah sikit. Makin lama kita biarkan nanti mereka makin malas. Sekurang²nya bila mereka dah biasa jadi tak susahlah mereka nak buat bila kita tiada.

Elok galakkan anak dara belajar memasak, nanti dah kahwin takdelah mereka tak pandai masak untuk suami kan? Anak lelaki pun kita boleh galakkan jugak. Bila dah ada isteri nanti boleh mereka bantu isteri memasak, barulah rumahtangga bahagia!

3 ulasan:

  1. INSHAALLAH.. bila anak dah besar sikit mmg nak dia membantu kita di dapur

    BalasPadam
  2. betul. setuju. anak perempuan kena latih dr kecik supaya ringan tulang. anak lelaki pun sama. latih mereka dari kecik. nanti takdela bila dah besar yang lelaki tu serah bulat2 pada pompuan je hehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com