terkini dan sensasi

Isnin, 27 Oktober 2014

Kek Sarang Semut aka Kek Gula Hangus

Assalamualaikum...(^ ^)

Nak kongsi resepi buat kek lagi, maklumlah mood rajin buat kek 200%. Kali ni Mas cuba buat Kek Sarang Semut aka Kek Gula Hangus. Ini memang kek kegemaran Mas, sebab itulah nak cuba buat.


Bahan-bahan yang diperlukan
1. 1 cawan gula
2. 1 cawan air panas
3. 2 sudu besar butter (unsalted)
4. 4 biji telur ayam Gred A
5. 1 cawan susu pekat manis (kurangkan sukatan kalau nak kurang manis)
6. 1 cawan tepung gandum (diayak)
7. 2 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)
8. 1 sudu kecil esen vanilla


Cara nak buat agak mudah, tapi kena hati² masa nak buat gula hangus tu. Api kena jaga sebab takut jadi gula hangit pulak. Goreng gula tanpa minyak sehingga cair di atas api sederhana. Bila gula dah cair masukkan air panas dan kacau hingga gula cair sepenuhnya. Kemudian masukkan butter dan kacau hingga sebati dan sejukkan air gula tersebut.

Seterusnya kisar telur sehingga kembang. Bila telur dah kembang masukkan susu pekat manis, tepung dan soda bikarbonat. Kisar hingga sebati dan tuang ke dalam bekas. Akhir sekali masukkan esen vanilla dan kacau hingga adunan sebati.

Kemudian masukkan air gula yang dah sejuk ke dalam adunan tadi, pastikan air gula betul² sejuk untuk mendapat sarang semut yang cantik. Bila adunan dah dicampurkan, perap selama 4 jam. Cukup tempoh 4 jam bolehlah bakar atau kukus. Mas kukus je sebab takde oven, tempoh kukus ialah lebih kurang selama 1 jam 45 minit.


Inilah hasilnya setelah siap dikukus, terharu sangat sebab menjadi cantik sarang semutnya. Anak² dan husband pun suka dan puji sedap. Satu kepuasan yang tak terhingga Mas dapat!

2 ulasan:

  1. tq nak try nt insyallah..bru je mkn opismate buatkan..hihi

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas...wah !! nampak sedap nyer...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com