mrs secretary

Jumaat, 23 September 2011

jangan biar anak2 bersendirian

Assalamualaikum...(^ ^)

petang semalam selepas kerja Mas pergi ke Jaya Jusco Sri Kembangan... ada urusan sikit! and then anak Mas yang sulung tu nak pergi ke toilet... Mas pun temankan dia!

masa masuk tu Mas perasaan ada seorang budak perempuan sedang basuh tangan di sinki... Mas tengok dia seorang je dan masa tu memang takde orang lain pun! Mas pun hampiri dia dan bertanya... adik sorang saja ke? mak mana?

rupanya dia memang ke toilet sendirian, mak dan ayah dia ada di kedai makan! umur budak tu baru 6 tahun... terkejut Mas, beraninya mak ayah dia benarkan anak yang baru berusia 6 tahun ke toilet seorang diri! bagaimana kalau dia diekori oleh orang jahat, tak tahulah macam mana nasib dia!

sebagai ibu bapa sepatutnya kita kena ada rasa tanggungjawab terhadap anak2... walaupun melibatkan perkara yang remeh temeh! Mas masih teman anak sulung Mas ke tandas walaupun dia dah berusia 8 tahun... tak berani nak lepaskan dia seorang diri... bahaya ni ada dimana2 kan?

jadi janganlah biarkan anak2 kita bersendirian walaupun ke ke mana saja... jenayah penculikan kanak2 sekarang semakin berleluasa!

alone by enigmawing on deviantArt  (gambar sekadar hiasa)

11 ulasan:

  1. yup peringatan untuk diri saya gak...coz saya ada 2 org anak pompuan ...

    BalasPadam
  2. uishhhh baru tadika tu di biarkan jalan2 sorang2.. bahaya tu..

    BalasPadam
  3. kalau mak nya tunggu kt depan muka pintu toilet, rasanya logik lagi lah kan

    BalasPadam
  4. tulah..tegnok bdk2 kat playground tanpa pengawasan parents..risau tol kalau ape2 terjadi...

    BalasPadam
  5. betul la kak mas. kn pernah ade kes dlu org botakkan kepala budak dlm toilet. nsb baek bertindak segera kalau tak abes budak tu jd mangsa.

    Bekam okaylah... Mai takde la sampai menanges huhu.. rase sengal2 n mcm kena cubit2 manje je hehe. cubalah..;)

    BalasPadam
  6. beraninya, ada kawan tu anak dah umur 11thn pun, kalau mak nak ke toilet mmg diangkutnya sampai dlm toilet, bukan takat tunggu dpn pintu, sebab risau hilang =)

    BalasPadam
  7. Orang suka sangat ambik risiko.... kan?

    BalasPadam
  8. YA Allah beraninya mak ayah dia tuu... isk,, kalau jdi pape kn susah..xpatut btul

    BalasPadam
  9. sekarang ni budak kecik lah mangsa. budak 2 tahun pun kena rogol. mansia dah mcm binatang. better ikut je anak kalau anak g mana2. skang ni mak bapak tak risau sbb tu jd mcm tu. bila anak kena culik.. baru nk nyesal. :(

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com