Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 1 Jun 2020

Riang Ria Raya 2020

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa barulah dapat menulis semula kat blog kesayangan ni, baru semalam dia bernyawa kembali. Raya punya pasal sampai lupa domain dah luput, sekali nak buka semalam tengok tak boleh! 


Jadi masih belum terlambat untuk Mas ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog Mas. Hahahaa entah ada entah tidak lagi pembaca, maklumlah dah jarang sangat update sekarang. Tapi takpelah Mas nak kongsi jugak kisah Riang Ria Raya 2020 kat sini!

Tahun 2020 ni merupakan raya yang paling berbeza buat kita semua, disambut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Masing² meraikannya di rumah sendiri, tidak boleh pulang ke kampung halaman. Walaupun ada jugak yang ingkar dan lepas merentasi negeri hingga sampai di kampung, tapi tetap tak terlepas dari tindakan polis!



Bagi Mas walaupun sambutan raya tu agak berbeza, ia tetap kami sekeluarga raikan dengan rasa gembira. Pakai pakaian cantik² dan sediakan jugak juadah raya, kenalah ada mood raya tu walau di mana pun kita berada kan? Pastu walau hanya dapat sembahyang raya di rumah dan bergambar kenangan di rumah, ianya tetap sempurna raya tu. Semuanya gembira kongsikan gambar raya masing² di media sosial.

Ziarah raya pulak hanya dibenarkan pada 1 Syawal, jadi Mas ambik jugaklah kesempatan pergi beraya ke rumah adik dan kakak di Bukit Beruntung. Mulanya berat jugak hati nak pergi, tapi adik dan kakak cakap datanglah jadi kami pun pergi jugak. Tapi memang dari rumah naik kereta, terus gerak ke rumah mereka tanpa singgah di mana². Turun kereta bila sampai kat rumah mereka je, sebelum turun memang pakai hand sanitizer siap²!



Pastu Mas pun suruh adik letak meja kat luar je, sediakan sabun basuh tangan dan hand sanitizer. Mas tak masuk pun rumah dia sebab dia ada anak kecik, jadi kenalah beringat dan jaga jarak. Kat rumah kakak barulah makan kat dalam rumah sebab dia kat tingkat 2, cuma sebelum masuk memang sembur sanitizer dulu. Habis beraya kat Bukit Beruntung, sempat jugak kami ziarah kakak dan adik husband Mas kat KL. Pastu terus balik rumah tanpa singgah kat mana² pun!

Pastu 2 Syawal Mas hanya keluar bawak anak² ke Putrajaya je, bagilah mereka hirup udara luar sekejap sebab dah lama sangat duduk di rumah. Bergambar jugaklah sekejap kat tepi tasik berdekatan masjid besi tu, takdelah lama sangat sebab risau dan takut polis halau pulak. 



Haaa walaupun beraya dalam tempoh PKPB ni tapi tetap rasa meriah, janji kita jaga kebersihan kan? Bila kita jaga Insya Allah walau kita berkumpul semuanya terjaga. Lagipun kita dengan adik beradik sendiri, kita tahu masing² jaga kebersihan dan tak keluar kemana² pun sesuka hati. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com