Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 19 Mac 2020

Duduk di rumah, tolonglah!

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa semalam Perdana Menteri kita dah buat perutusan khas merayu kat rakyat Malaysia supaya kekal duduk di rumah sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan selama 2 minggu ni. Sedih dengar tau, sampai merayu berkali² PM kita!


Tolonglah faham wahai rakyat semua, janganlah degil dan buat tak reti bahasa. Semua ada akal fikiran untuk nilai mana yang baik dan buruk, ada keluarga dan anak² perlu dilindungi. Jadi apa susah duduk kat rumah, luang masa bersama keluarga dan anak². Nak makan boleh masak sendiri, malas masak boleh order je sebab ada delivery ke rumah. Habis barang dapur, suami masih boleh keluar beli tapi kena terus balik lepas membeli. Mudah kan, takde pun kawalan ketat sangat. Cuma akan jadi ketat kalau kita masih terus berdegil!

Kasihanilah mereka yang kena bekerja terutama anggota keselamatan dan kesihatan, kena jugak bertugas demi rakyat. Jadi korang bantulah mereka dengan duduk diam² kat rumah, tak payah gatal sangat nak keluar sana sini. Macam Mas dan husband kami di bawah perkhidmatan esssential (bomba dan kesihatan), jadi nak tak nak kena jugak kerja. Ikutkan kalau boleh kami nak je duduk rehat di rumah, lagi syok sebab boleh jimat duit minyak dan belanja makan.


Pastu yang sadisnya bila dimaklumkan perintah akan berkuatkuasa 12 tengah malam hari Rabu, ramai pulak yang berpusu² nak balik kampung. Bila pihak PDRM kata kena isi borang, haaa semua pakat dok serbu balai polis. Sampai sesak macam nak beli tiket bola, masa tu tak pasal² semua dok bersentuhan dan secara tak sengaja menggalakkan penyebaran wabak Covid-19 dengan berleluasa. Masa tu semua tak fikirkan dah, yang mereka dok fikir nak balik kampung.

Bukannya Mas nak marah dan kata tak boleh balik tapi kenalah patuh dengan arahan yang kata jika ada hal betul² kecemasan macam kematian atau ada ibu bapa yang sakit tenat, barulah dibenarkan balik. Ni tak, lebih ramai yang nak balik saja² sebab dah dapat cuti 2 minggu! Ya Allah macam seronok pulak, ingat hari raya ke??

Semalam hari pertama perintah kawalan pergerakan ni dilaksanakan, tapi macam tak berkesan je. Ramai yang kongsikan kat media sosial, ada je yang selamba badak sumbu dok meniaga kat tepi jalan pastu ramai yang membeli. Pastu ada jugak yang bawak anak² beriadah dekat taman, tanpa risau dan peduli pasal wabak ni. Yang lepak kat kedai makan pun ada, buat tak faham bahasa je!


Jadi harap sangat lepas PM dah buat perutusan semalam, bukalah sikit mata tu. Nak ke tempoh perintah ni dilanjutkan, kalau 2 minggu ni tak berjaya kemungkinan besar akan diteruskan. Mungkin lagi 2 minggu atau sebulan, haaa masa tu jangan gelabah biawak lak. Sama²lah kita bagi kerjasama, duduk je kat rumah. Benda mudah je kan,bukan susah pun!

Sambil dok rumah tu kita doa dan pohon pada Allah moga wabak Covid-19 ni cepat dihapuskan, Dengan kerjasama dan doa kita, pasti tak akan ada gelombang ketiga wabak ini yang sangat kita takuti!

2 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com