Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 10 Mei 2021

Vaksin Covid-19 dos pertama

Assalamualaikum...(^ ^)

Haihhh lamanya tak menulis kat sini, sampai domain blog pun dah nak hampir expired. Nasiblah teringat yang domain akan luput tarikh bulan Mei, terus cepat² renew

Masih sayang dekat blog ni tau, tak kan nak biar terkubur camtu je. Bukan malas menulis tapi kekangan masa dan kerja sangat membataskan, hari² dekat pejabat sibuk sangat. Balik rumah pun dah pukul 7 petang baru sampai, masa tu dah penat sangat dan nak fikir hal rumah lagi kan? 

Haaa sebab itulah blog ni lama bersawang dari bulan Februari hari tu, entri akhir pun pada bulan Januari je. Tapi hari ni nak mula semula sebab dah rindu sangat menulis, dah rindu sangat nak kongsi pada kehidupan Mas dan keluarga. 

Jadi hari ni Mas mulakan dengan cerita pasal vaksin Covid-19, ye hari ni Mas dah terima suntikan dos pertama vaksin Covid-19. Memang dari minggu lepas dah mula dos pertama untuk anggota KKM yang berkhidmat di Ibu Pejabat. Mulanya Mas ingat giliran nama bermula huruf M akan kena lepas raya, tapi tak sangka awal pulak.

Nak tahu camne kita dapat tarikh temujanji vaksin ni, akan ada notification dari MySejahtera. Bila kita klik akan keluarlah tarikh temujanji, jadi kita perlu klik terima atau tidak untuk disuntik. Masa temujanji pun akan diberikan, macam Mas dapat pukul 10.30 pagi. Lokasi untuk suntik vaksin pulak di Dewan Seri Seroja Putrajaya kat Presint 15, kat sini memang lokasi utama untuk suntikan vaksin. 

Mas sampai seawal jam 10.30 pagi kat dewan tu tapi dah ramai gila orang beratur, dekat 3 jam jugak baru selesai. Pukul 1.30 barulah giliran Mas disuntik dos pertama, haihhh nervous dia lain macam. Maklumlah Mas ni memang penakut bab² jarum ni, siap cakap kat nurse tu "Saya takutlah!" Hahahaa memang dasar betul kan?

Selesai disuntik kita akan diberi kad untuk temujanji kedua dan dimintak scan bar kod vaksin yang kita terima. Mas dapat vaksin Sinovac iaitu Coronavac, ingat dapat Pfizer tapi tak merasalah. Tak kisahlah kan vaksin apa, janji dah tunaikan tanggungjawab tu!

Kemudian selepas tu akan diarahkan ke bilik pemantauan untuk pantau keadaan diri kita selepas disuntik, selama 30 minit tau. Masa pemantauan tu, pegawai bertugas akan bagi sedikit taklimat apa yang perlu dilakukan selepas keluar dari bilik tu. Tarikh temujanji dos kedua jugak akan diberikan, Mas akan suntik dos kedua pada 31 Mei nanti. Pastu kena jawab jugak soalan di dalam MySejahtera samada kita ada simptom atau tidak, tapi kena pantau jugak selama 48 jam dan kalau ada simptom yang teruk kena terus ke kecemasan hospital. 

Alhamdulillah lega dah selesai dos pertama, nanti kita nervous masa nak suntik dos kedua pulak. Haaa gambar camni wajib kena ambik lepas selesai vaksin, barulah ada bukti Saya Telah Divaksin. Hehehee pegawai bertugas tu pun dah cakap, jangan lupa bergambar kat luar tu ye! 

Setakat ni selepas hampir 5 jam Mas takde alami simptom yang teruk, cuma awal² tadi ada pening kepala sikit. Pastu badan rasa lemah je, mungkin sebab berpuasa kan? Nanti lepas berbuka bolehlah telan panadol dan rehat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com