terkini dan sensasi

Khamis, 27 Januari 2011

Pembuka selera : Gulai Lemak Cili Api Jantung Pisang

Assalamualaikum...(^ ^)

Untuk sekian kalinya Mas nak kongsi resepi yang membuka selera. Kalau selera korang tak terbuka bila tengok gambar resepi Mas ni tak dapek den nak nolonglah! Resepi untuk hari ini yang ingin dikongsi adalah resepi turun temurun arwah mak, kami adik beradik memang suka.

Moh lihat sama²!


Bahan-bahan
1-2 biji jantung pisang
1 mangkuk santan
5-6 biji cili api (kalau nak pedas, isilah lebih)
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
Segenggam ikan bilis
Sepotong kunyit hidup (kalau nak guna kunyit serbuk pun boleh)
Sekeping asam gelugor
Sebatang serai
Garam secukup rasa
Serbuk perasa

Cara² membuatnya
1. Jantung pisang disiang dan ambik bahagian dalamnya sahaja dan diracik halus. Rendam dalam air agar tidak lebam, kemudian dibersihkan dan ditoskan.

2. Cili api ditumbuk lumat dan masukkan kunyit hidup, tumbuk lagi. Masukkan bawang putih dan bawang merah serta ikan bilis, tumbuk sampai lumat. Kemudian serai dititik dalam lesung batu.

3. Bahan yang telah ditumbuk tadi dimasukkan dalam periuk bersama jantung pisang dan santan, masak di atas api sederhana sambil dikacau.

4. Bila telah mendidih, masukkan serai, asam gelugor, serbuk perasa dan garam secukup rasa. Kacau supaya santan tidak pecah minyak.

5. Sedia dihidang bersama nasi panas dan ikan goreng, sedap dan menyelerakan

Inilah resepinya, kalau berselera bolehlah cuba! 

9 ulasan:

  1. uuuumangaihhh... abes la balek kang merengek nk jantung.. nak jantung..
    aku seligi die ngan jantung dinosour mintak sedekah.. huh!

    BalasPadam
  2. hahahahaha...aku saje jer nak kasih mek t terliur!
    kalau dia nak jantung gak ko suruh masak jantung ayam jer~ hehehehe..

    BalasPadam
  3. ala ~....sedapnye nmpk gulai jantung tuh....nakkkkkkkk!!!!!!lame x makan gulai jantung tuh..nakkkkkkk

    BalasPadam
  4. kak, kan aku da hagak da.. sape suh letak masakan tu.. da merengek kt aku ni..

    BalasPadam
  5. muaaaahahahahaha...
    t..aku nak masak gulai jantung esok!

    BalasPadam
  6. ala ~ geramnyeeeee....nak kak.bg sy ckit leh?x malu kan sy...akk ni sj je.sy dah lupe taw sal tu...ale2 akk publish.wat terliur je

    BalasPadam
  7. t, alah dtg jer umah esok kalau nak makan...ko kan muka tak malu!

    BalasPadam
  8. xpe la kak...sy swh mak sy msk je nt..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com