terkini dan sensasi

Isnin, 26 Ogos 2019

Buat spek murah di Kedai Spek Viral

Assalamualaikum...(^ ^)

Cermin mata ni umpama nyawa Mas kalau kat rumah, kalau takde memang terbataslah penglihatan. Tak akanlah kat rumah nak pakai contact lens jugak kan? 

Baru² ni Mas ada kongsikan kat Instagram yang dua² spek kesayangan dah rosak gara² si Aiyra, dipijaknya sampai satu patah bingkai dan satu lagi hilang sebelah cermin. Hadoiii memang tak agak² perangai dia ni, suka hati je dok pijak spek mama tanpa rasa bersalah. Nasiblah ada spek spare, tapi spek tu power dia tak sama dengan dua² spek lama tu. Jadi kalau pakai memang rasa tak selesa!


Jadi Sabtu lepas tercapailah hajat nak buat cermin mata baru, yelah dah gaji kan? Nak pulak tengok ramai kawan² kongsi pasal Kedai Spek Mata Viral No.1 kat Sungei Wang Plaza tu. Katanya harga spek kat situ murah dan berbaloi, haaa memang terujalah Mas nak pergi. Jauh sikit takpe janji dapat spek berkualiti dengan harga murah!

Kedai Spek Viral - Eye Pro Vision
Haaa inilah kedainya, Eye Pro Vision yang terletak di level G111 kat Sungei Wang Plaza. Mas sampai seawal jam 11.30 pagi dan tak sangka sangat masa tu dah ramai pelanggan, ingatkan masih awal takde pelanggan lagi. Melangkah je masuk kat dalam kedai tu terus rasa teruja, sebabnya banyak gila pilihan bingkai. Ada lebih kurang 2000 jenis pilihan bingkai dari pelbagai design dan macam² warna, serius rambang mata oiii nak pilih! 



Layanan staf terbaik dan professional
Pastu layanan dari staf kat situ memang terbaik sangat, kita melangkah je masuk mereka terus tegur dan bantu kita untuk memilih bingkai yang terbaik. Tak lokek dengan senyuman, mereka memberi penerangan yang jelas kepada semua pelanggan. Walaupun ramai tapi layanan tetap diberi dengan baik, memang servis tip top sangat! Mas pulak rasa beruntung sangat sebab dilayan oleh William dengan bagus dari mula memilih bingkai sehingga spek mata siap. 

thanks William!

Lens Alpha Blue 420 terbaik!
Lagi satu apa yang best tentang kedai ni ialah lens yang digunakan, iaitu lens Alpha Blue 420. Lens ni anti silau, sesuai untuk pemanduan di waktu malam, dapat lindungi mata bila tengok handphone lama² dan tahan lasak. Harganya pun sangat murah dan berbaloi, bingkai + lens Alpha Blue 420 hanya bermula dari RM125 sahaja. Haaa mana nak dapat kat kedai lain tau! Korang boleh tonton video ni untuk tengok kelebihan lens Alpha Blue tu! 


Serius Mas memang rekemen sangat kat korang yang nak buat spek baru tu pergi ke kedai Eye Pro Vision ni, murah + berbaloi + puashati sangat. Servis tip top, layanan staf pun memuaskan hati dan banyak membantu pelanggan, penerangan jelas jugak akan diberikan oleh staf yang berpengalaman. Pastu nak tunggu siap pun tak lama, hanya 1 jam sahaja spek dah siap! Haaa teruja tak?


Lagi sekali Mas nak bagitau, mana nak dapat spek murah, bingkai + lens Alpha Blue 420 hanya RM125 sahaja, haaa cepat² korang datang je Eye Pro Vision di Sungei Wang Plaza. Pasti puashati dan berbaloi², tengoklah video tu camne terujanya Mas bila dapat spek baru! 

Untuk maklumat lanjut:

Eye Pro Vision
Alamat: G111, Ground Floor
Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 
11.00 pagi hingga 9.00 malam



7 ulasan:

  1. All..kiter rindu kedai apek william ni.. harap spek yang dibuat kat tempat dia..dpt bertahan sehingga dapat balik Malaysia..gituuu

    BalasPadam
  2. Spek hitam ada power murah tak kat situ?

    BalasPadam
  3. ada rezeki nak buat spek hitam untukcek abang..hehee..nak buh alpha blue tu..and pun ada buat spek mata dekat sini..murh

    BalasPadam
  4. Rasa nak ada spek hitam lah. Hehehe.. Boleh guna masa travel..

    BalasPadam
  5. Suka cara layanan Tauke William ni. Memang terbaik! Harga pun murah yakmatt

    BalasPadam
  6. Oppa william lama xjumpa hihi, rasa nak buat rayban la kat sini

    BalasPadam
  7. best buat spek kat sini sebab kalau spek tak serasi pihak eye vision akan layan sehabis baik !

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com