terkini dan sensasi

Isnin, 19 Ogos 2019

Aiyra discaj Klinik Pediatrik

Assalamualaikum...(^ ^)

Bagi yang baca blog Mas dan ikut cerita pasal perkembangan Aiyra, pasti tahu yang dia ada masalah hypo/gula rendah dan jantung semasa lahir. Sejak dia discaj dari NICU masa umur 6 hari, memang dia sentiasa kena follow up dengan Pakar Pediatrik. Rasanya lebih kurang 10 kali temujanji termasuk yang hari ni.


Seperti biasa sebelum pergi Mas sentiasa doa semoga ini adalah appointment terakhir, bukannya apa kalau pergi hospital ni ambik masa yang lama menunggu. Itu je sebenarnya, bukan Mas rasa susah sentiasa kena bawak dia jumpa doktor. Demi kesihatan dan tumbesaran dia Mas sanggup lakukan apa saja.

Semalam doktor Pakar berpuashati dengan peningkatan tumbesaran dia, berat naik dan BMI pun ok. Pastu doktor pun berpuashati dengan perkembangan dia, apa yang doktor cakap dia faham dan apa yang doktor suruh dia boleh buat. Jadi doktor cakap dia membesar dengan sihat dan normal, takde masalah apa² dah.


Lega Mas bila doktor cakap camtu dan paling lega bila doktor cakap "Aiyra dah boleh dicaj dari Klinik Pediatrik!" Fuhhh syukur sangat, bermakna lepas ni dah takde appointment hospital lagi. Alhamdulillah syukur sangat, Allah mudahkan segalanya. Moga lepas ni Aiyra membesar dengan sihat!

2 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com