terkini dan sensasi

Sabtu, 31 Ogos 2019

Sambutan Merdeka Ke-62

Assalamualaikum...(^ ^)

Serius puashati sangat dapat tengok sambutan Hari Kebangsaan secara live depan mata, anak² pun teruja dan gembira sangat. 


Walaupun terbangun lewat dan pukul 6 pagi baru keluar dari rumah, pastu hadap jammed lagi nak dapat parking tapi berjaya jugak sampai. Pastu walau kena jalan jauh dari parking tapi anak² tetap semangat, nak pulak tempat parkir tu dekat dengan tempat jentera² bomba. Lagilah mereka suka, mamanya pun suka jugak. Hehehee, kami kan supporter nombor satu babah!

Sempat jugaklah bergambar dengan jentera² bomba ni, dan dah tentulah mama dan Airis yang paling teruja! 





Sampai kat dataran memang orang dah ramai giler, nak duduk depan pentas utama memang tak merasa dah. 3-4 kali jugak kami ke hulur hilir cari tempat nak duduk, semua dah penuh. Tapi nasib kami baik, tetiba polis yang bertugas buka pagar dan bagi duduk atas jalan. Haaa terus masuk dan dapat duduk depan, betul² depan jentera² yang akan lalu. Puashati sebab dapat ambik gambar dengan jelas! 


Bila jentera² tu lalu memang semua orang bersorak, siap lambai² kat kontijen perarakan. Anak² Mas terutama Aiyra yang paling seronok, pandai dia lambai dan kibar²kan bendera. Pastu yang paling rasa bangga bila dapat nyanyi lagu Negaraku ramai², dapat sama² lafazkan ikrar dan laungkan Merdeka sebanyak 7 kali. Fuhhh satu perasaan yang sukar digambarkan, serius korang kena alami sendiri!





Lagi satu yang best bila dapat tengok jet² pejuang TLDM buat pertunjukan udara. Fuhhh teruja sangat, biasa tengok dalam TV je. Mas siap tanya dengan husband lagi kat mana jet² tu tunggu sebelum pertunjukan bermula, haaa punyalah nak tahu. Rupanya jet² tu terbang dari Lumut, ia dah standby sebelum pertunjukan bermula. Husband cakap dari Lumut ke Putrajaya tu 15 minit je jet tu boleh sampai! Haaa hebat kan?


Tahun depan Insya Allah akan bawak anak² lagi, bagi mereka rasa semangat kemerdekaan tu. Biar mereka tahu erti kemerdekaan dan tahu menghargai negara tercinta. Bagi mereka bangga sebagai anak Malaysia!










1 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com