Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 20 Julai 2017

Kawal anak² tu, kawal!

Assalamualaikum...(^ ^)

Bab anak² ni kadang² boleh timbulkan pergaduhan dengan orang sekeliling, baik jiran tetangga mahu pun adik beradik. Kenapa Mas cakap camni? Bukan apa sesetengah ibu bapa tak boleh terima orang lain tegur anaknya, walaupun anak itu dah buat salah. Bagi ibu bapa camni hanya mereka sahaja yang layak tegur dan marah anak mereka.

Perkara camni dah terjadi di kawasan perumahan Mas, dek kerana anak jiran bermasam muka. Ini kerana ibu bapa tak nak kawal sikap dan tingkah laku anaknya ketika bermain di luar, biarkan je. Sampai anaknya tiap² hari dok sepak bola masuk ke rumah jiran ni, kena pagar dan kereta tapi ibu bapanya buat tak tahu je. Akhirnya mereka bermasam muka, tak bertegur sapa langsung. Bagi Mas tak eloklah perkara sebegini terjadi, kita hidup berjiran jadi kena prihatin antara satu sama lain.


Haaa sebab itulah Mas kata bab anak² ni perbalahan pun boleh terjadi. Jadi kita kena kawal dan kawal anak², setiap masa tau! Macam Mas memang dah pesan kat anak², kalau nak main di luar jangan main dekat rumah orang. Jangan sepak bola atau baling barang² ke rumah orang, nanti kalau kena kita yang susah. Pastu Mas pesan jugak pada jiran² kalau mereka buat salah, tegur dan marahlah. Jangan sampai maki hamun dan lakukan perkara yang memudaratkan anak² Mas sudahlah kan?

Sebagai ibu bapa kita kena ada jugak sikap terbuka, terutama yang libatkan anak². Yelah bukan sepanjang masa kita boleh kawal tingkah laku anak² kita bila mereka di luar rumah. Mas pun kalau anak² jiran buat salah Mas akan tegur dan marah, pastu Mas maklumkan dekat ibu bapa mereka. Nak terima atau tidak itu terpulang pada mereka, takdelah nak jaga tepi kain orang tapi Mas tegur untuk kebaikan bukan kemudaratan! 

Kawal ye anak² kita, kawal. Sikap anak² tu mencerminkan kita sebenarnya!

4 ulasan:

  1. selamat pagi
    singgah pagi :)
    inshaallah betul tue sikap ibu bapa mencerminkan anak2

    BalasPadam
  2. Setuju...kalau ju pun ju suka kalau rakan dan jiran tetangga tegur berhemah...hrp kita semua bersikap terbuka...sbb nak didik anak2 zmn skrg bukan senang

    BalasPadam
  3. tips ni tq kak,tu la kkdg tegur baik2 anak org ,anak ok,mak bapak pula angin,ego!

    BalasPadam
  4. setujuuuuuuu salam ziarah sini

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com