terkini dan sensasi

Rabu, 19 Julai 2017

Reaksi 3A pada bakal adik

Assalamualaikum...(^  ^)

Tak lama je lagi Atikah, Arfan dan Airis bakal jadi kakak dan abang, jadi Mas sajalah tanya reaksi mereka bertiga. Lagi pun Mas cakap, "Ini yang terakhir mama mengandung tau, lepas ni takde nak adik dah ye. Mama nak tengok korang membesar je dan nak pasang badan pulak!" Hahahaa, alasan pasang badan mama tu tak menahan kan?

Mas tahu mereka bertiga seronok nak dapat adik tapi biasalah bila tanya reaksi tu berbeza². Masing² ada reaksi dan keterujaan tersendiri! Macam Atikah bila Mas tanya, "Kakak seronok tak nak dapat adik lagi ni?" Jawapan standard dia, "Ok je mama." Haaa gitulah, bukan dia tak seronok tapi mungkin sebab dia dah ada 2 orang adik jadi perasaan tu biasa² je. Jantina adik pun dia tak kisah sebab adik²nya dah sepasang kan? Tapi Mas tahu dia teruja nak jaga baby ni sebab kalau dengan sepupunya yang masih kecil tu dia seronok je melayan. Naluri kakak tu tetap ada!


Reaksi Arfan pulak memang dia seronok, lagilah dah teruja nak adik lelaki. Bila kandungan Mas dah nak 7 bulan ni, hari² dok tanya bila mama nak scan jantina. Tak sabar sangat nak tahu, nak ada geng main bola katanya. Cuma kalau ditakdirkan adik perempuan, Mas tak tahulah camne reaksi dia. Mau nangis tersedu sedan kot, hehehee! Insyallah, moga ada rezeki dia nak dapat adik lelaki. Pastu dia pun dah boleh harap jaga adiknya si Airis tu, walaupun kadang² banyak main dan gaduh je. 

Haaaaa si kakak Airis pulak camne? Yang ni memang terlebih seronok dan teruja sejak dia tahu Mas mengandung lagi. Boleh dikatakan hari² dok tanya bila adik nak lahir, tak sabar katanya. Jantina adik pulak dia macam tak kisah sangat, sebab kejap nak adik lelaki kejap nak adik perempuan. Pastu dialah yang banyak perancangan itu ini bila adik dah lahir nanti, macam² dia cakap kat Mas dan husband. Susun atur nak tidur pun dia dah tetapkan tau dan yang penting dia dengan mama tidur sebelah baby, babah tak boleh. Hahahaa, aura cemburu tu jelas terpancar!


Begitulah reaksi 3A ni tentang bakal adiknya, masing² tak sabar tu. Yelah kakak dan abang mana tak seronok nak dapat adik baru kan, walaupun mereka tak tunjuk perasaan tu. Yang penting rasa kasih sayang pada adik tu tetap ada!

4 ulasan:

  1. Hijau je permandangan tu. Kontra dengan model iklan

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum wrmbth

    Makin besar saiz keluarga

    Anak pun makin ramai

    Perangai lain lain. Makin kita sebagai ibu bapa kena uruskan masa sebaiknya

    Kalau tidak ada yang menyendiri nanti

    BalasPadam
  3. tetiba excited sekali.. hehehe.. moga dpermudahkan nanti kak..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com