terkini dan sensasi

Rabu, 25 April 2018

Mengadu hal anak² murid di group whatsapp

Assalamualaikum...(^ ^)

Korang mesti ada group whatsapp sekolah anak² kan, wajib ada zaman laaa ni! Macam Mas 3 orang anak sekolah memang ada 3 group, tapi Mas masuk group pra sekolah Airis je dan untuk kakak Ika dan Arfan babahnya yang uruskan. 


Bagi Mas bagus sebenarnya ada group whatsapp ni, bolehlah dapat maklumat terkini pasal aktiviti anak² di sekolah. Nak dapatkan dari anak² ni kita faham sendirilah kan? Kadang cikgu pesan lain dia cakap lain, jadi membantulah group whatsapp ni. Cuma sekarang ni Mas tengok cikgu suka mengadu hal anak² murid kat group tu, siap sebut nama anak murid mana yang selalu bermasalah di sekolah. Sudah tentulah bila cikgu tu tulis semua ibu bapa yang ada dalam tu akan baca kan, malulah mak ayah yang anaknya diadukan tu. 

Pastu bila semua baca, ada je yang tukang tokok tambah. Haihhh kalau Mas jadi mak ayah tu memang pedih rasa, malulah orang tahu perihal anak kita. Walaupun tak bertentang mata dengan ibu bapa dalam group tu dan mungkin mereka tak kenal mana satu anak kita, tapi rasa malu tetap ada. Yelah orang dok tahu anak kita nakal kat sekolah, anak kita tak reti membaca kat sekolah dan macam² lagi.


Ini memang terjadi yer dalam group whatsapp pra sekolah Airis, cikgu dia memang selalu mengadu hal anak² murid dalam tu. Siap sebut nama lagi, pastu bagitu apa masalah anak murid tu. Memang tak pernah kena pada Airis, tapi bila Mas baca rasa simpati pada ibu bapa anak² tu, sedikit sebanyak mesti rasa sedih. Tak sepatutnya cikgu tu buat camtu, kalau nak mengadu pun dia whatsapp secara peribadi dengan ibu bapa murid tu. Cerita dengan jelas apa masalah anak murid berkenaan dalam kelas, cara ni dapat jaga aib mereka dan boleh berbincang dari hati ke hati. Haaa kan itu lebih bagus. 

Bersikap profesional sikit wahai cikgu dalam tangani hal anak² murid ni, tak boleh asyik nak mengadu je. Ada masalah bersemuka dengan ibu bapa, jangan dok cerita hal anak² murid kat whatsapp group je. Harap cikgu tu sedar caranya tu tak manis dan kurang efektif

5 ulasan:

  1. Sepatutnya WhatsApp secara peribadi terus kepada parents murid terlibat. Takkan itu pun tak tau. Nama pun cikgu. Kan.

    BalasPadam
  2. Sama... pendapt Mrs. A sepatutnya cikgu tu PM tepi aje ibubapa murid yang berkenaan.
    Jagalah aib orang lain.

    BalasPadam
  3. kadang bagus group wasap bila semua ibu bapa penjaga perlu tahu info terkini aktiviti sekolah. tapi kalau macam personal thing anak anak. lebih baiknya cikgu ws personal

    BalasPadam
  4. Mungkin whatsapps group untuk beritahu hal berkenaan aktiviti sekolah jela kan, hal peribadi murid kena cakap dengan ibubapa berkenaan sahaja. Macam2 hal ye sekarang.

    BalasPadam
  5. eee tak bestnya ada cikgu-cikgu macam tu... patutnya, private message je la kat parents.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com