Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 16 Januari 2013

Demi Airis

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ni Mas nak kongsi sikit mengenai usaha keras untuk untuk fully breastfeed Airis sekurang²nya sehingga umur dia 2 tahun.

Mas akui walaupun dah ada anak 3 orang tapi pengetahuan mengenai penyimpanan susu ibu kurang sebenarnya. Masa Atikah dan Arfan dulu mereka hanya menyusu badan sehingga umur 5 bulan sahaja. Masa tu memang Mas tak kisah pun pasal nak simpan stok EBM ke dan nak pam susu ke, yang hanya Mas tahu masa tu susukan anak terus bila dia lapar. Walaupun susu dah penuh tapi takde usaha langsung nak pam, begitulah ceteknya ilmu Mas pasal penyimpanan susu ni.

Tapi bila dah ada Airis, Mas terus tanam azam nak bagi dia menyusu badan sehingga umur 2 tahun. Jadi masa hamilkan dia Mas dah siapkan keperluan yang sepatutnya. Demi semangat nak simpan stok EBM yang banyak untuk Airis, Mas sanggup beli second hand chest freezer ni. Dapatlah harga RM400, beli kat Mudah.


Buat masa sekarang Mas hanya pam untuk stok EBM sekali sehari sahaja, bukannya apa masa tak berapa nak mencukupi. Kalau Airis meragam memang susah nak curi masa untuk pam. Tapi alhamdulilah setakat ini hasil susu memang lumayan, sekali pam sebelah boleh dapat 5oz. Jadi masa 10 hari terawal Mas pam dah dapat kumpul 50oz. Sekarang sedang berusaha cari masa untuk pam sekurangnya 4 kali sehari, chaiyok Mas!



Buat masa ni Mas rasa bersyukur sangat sebab masih fully breastfeed untuk Airis, alhamdulillah susu sangat lumayan hasilnya. Memang takde supplement pun yang Mas makan, Mas cuma amalkan makan VCO sejak mengandung lagi. Memang stok VCO tak pernah putus.


Mas harap sangat usaha keras ni akan berhasil, dan semoga hasil susu untuk Airis akan sentiasa mencukupi sehingga dia berumur 2 tahun.

5 ulasan:

  1. Wow.....bnyknya stok susu....kagum2.....
    Moga usaha diberkatiNya.....insyallah ada rezki anak tu.....:-)

    BalasPadam
  2. inysa allah, niat yg baik selalunya dipermudahkan..
    seronok kan bila tengok stok susu banyak camtu

    BalasPadam
  3. assalamualaikum mas...bagus nyer banyak stok susu utk airis tu....:)

    BalasPadam
  4. saya pun kali ni bagi susu badan dan Alhamdulillah..sampai sekarang masih bertahan..harap2 berjaya sampai 2 tahun..

    BalasPadam
  5. wah... bestnyer tgk stok ebm mas tu... allhamdulillah seronok bila dpt bykkan... smg bby n mas sentiasa sihat...

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com