terkini dan sensasi

Selasa, 29 Mac 2011

tak salah memberi teguran.. tapi??

Assalamualaikum...(^ ^)

"awak ni memang buta fesyen lah!
dah lah baju merah, tudung pulak warna oren..
tak matching langsung aku tengok... buruk gile!"

aduh!! apa perasaan kawan2 bila ada orang memberi teguran sebegini kepada kita? mesti sebak rasa hati kan? kadang2 teguran seseorang itu boleh menguris perasan kita kan? mungkin dia tak berniat begitu tapi tanpa dia sedari kata2 dia telah membuatkan kita terasa! sebagai seorang manusia sememangnya kita tidak sempurna di mata setiap orang... mungkin ada orang yang boleh menerima teguran itu dengan hati yang terbuka walaupun teguran itu amat sinis sekali! tapi perlu diingat ada insan yang hatinya mudah tersentuh dengan teguran sebegitu...
sekali lagi gambar takde kena mengena dengan entri
saja je nak enterprem... jangan marah aaaa!
tak salah memberi teguran tapi biarlah kata2 tu berlapik sikit! gunakan kata2 yang lebih sopan atau beri sedikit kiasan semasa menegur... dengan cara begini orang yang ditegur mesti boleh terima dengan hati yang terbuka! dengan cara itu dia boleh perbaiki kelemahan dirinya... betul tak? jadi kalau nak tegur tu, tegurlah sebegini... barulah manis dan sedap didengar...

"cantiklah baju ngan tudung awak ni
tapi aku rasa baju ni lebih sesuai kalau dipakai
dengan tudung warna lain... baru awak nampak lagi cantik!"

...tegurlah demi kebaikan
bukan tegur untuk mengaibkan...

12 ulasan:

  1. betol tuuu...macam ayat akak tu adalah antara salah satu teguran yg 'hormat' means kalau kite nak tegur seseorang jgn kite selitkan perkataan 'jangan'..'tak boleh'..atau yg negatif2..

    BalasPadam
  2. aah,msti rse cm sdihnye,knape die ckp cmtu,xboley ke ckp baik2,..tp klu sy,cnfrm akn tnye kwn2 dlu,match ke x bju n tdung pe sume,..then diorg yg akn nilai,.tp kdg2 tu mcm skang,rmai je yg pkai kaler lain2,tgk cntek je sume,.hehe,pape pun,keyakinan tu pntg,.tp yg agak2 la kn kaler tu,hehe,.

    BalasPadam
  3. fatin;
    terima kasih...
    tegur secara hormat tu akan membuatkan orang lebih respek kat kita!

    BalasPadam
  4. hatyciknuurul;
    sedih kan...luluh rasa hati kan?

    ermmm...memang fesyen skrg dah mcm2 kan..cuma berani dan tak berani je nak cuba!

    BalasPadam
  5. mgkin org yg mmbri teguran 2 terlupa budi bahasa budaya kita kot... :)

    BalasPadam
  6. teguran itu memang penting untuk memaju dan memantopkan diri..hahaha.. tapi janganlah sampai teguran yg melampau yang bole memalukan orang yang ditegur tue...dia pon punya hari dan perasaan...

    BalasPadam
  7. Setuju! Bertegur tuh biar berlapik.

    BalasPadam
  8. ticer wann;
    tepat sekali...budi bahasa kan amalan kita!

    BalasPadam
  9. solo molo;

    mungkin yg menegur tu takde perasaan kot sbb tu tak boleh fikir perasaan orang lain!

    BalasPadam
  10. logorithm;

    dan berlapik itu lebih manis..

    BalasPadam
  11. kadang2 manusia tu terlupa dan ikut sedap kata... :) minta kita dijauhkan perangai macam tu.. Amin..

    BalasPadam
  12. huszaini;
    minta dijauhkan...amin!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com