mrs secretary

Ahad, 27 Mac 2011

KLCC Skybridge (Part 1)

Assalamualaikum...(^ ^)


hari ini Mas sekali lagi ke KLCC... impian untuk naik ke KLCC skybridge perlu diteruskan! Mas tiba di sana seawal jam 7.00 pagi... terkejut jugaklah bila tengok dah ramai rupanya orang beratur! terfikir jugak pukul berapalah diaorang datang ni... tidur kat sini agaknya?

akhirnya sampai jugak turn husband 
setelah hampir 3 jam beratur... Mas pun penat menunggu!

hehehehe... akhirnya tiket berjaya dibeli!
dewasa RM3 seorang dan kanak pun sama RM3 seorang
ini kalau pakai myKad, kalau takde seorang RM10

sempat gak posing sementara tunggu husband beli tiket

memandangkan kami dapat tiket untuk waktu melawat pada jam 2 petang, jadi terpaksalah kami jalan dulu kat sekitar KLCC ni... tiba-tiba teringin nak bawak anak-anak masuk ke Petrosains! di sini ada dijual tiket untuk family package iaitu 2 dewasa dan 2 kanak-kanak dengan bayaran RM24 je! 



inilah antara benda menarik yang ada dalam Petrosains ni... banyak lagi yang menarik tapi tak boleh nak ambil gambarlah! jalan dalam Petrosains sangat seronok! di samping enjoy, kita boleh dapat pelbagai pengetahuan tentang selok belok cari gali petronas yang dijalankan oleh Petronas... 

itulah pengalaman di Petrosains... satu pengalaman yang sangat menarik dan menyeronokkan! kawan-kawan wajib datang ke sini jugak... lepas ni Mas sambung cerita tentang pengalaman di skybridge pulak... tunggu tau!

4 ulasan:

  1. ari tue pernah sekali tersesat jalan kat klcc...
    terlalulah kat tempat beratur nak naek skybridge...
    masa tue tak tau lagi nak naek skybridge kena beratur kat sini...
    pelik sebab ramai sgt orang...



    entry terbaru > http://solomolo.blogspot.com/2011/03/femes-wa-cakap-sama-lu.html

    BalasPadam
  2. solomolo;

    mas pun first time datang..
    tak sangka sangat ramai orang!

    BalasPadam
  3. Wah.. meriahnye..
    Ramai betul manusia beratur :)
    Good experience..

    BalasPadam
  4. 4 KayE;
    memang experience yang menarik!
    hendak seribu daya kan?

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com