mrs secretary

Khamis, 31 Mac 2011

mertuaku kesayanganku

Assalamualaikum...(^ ^)

seorang rakan mengadu...
"Mas, aku tak fahamlah dengan perangai mertua aku tu
macam tak suka kat aku je... tak pernah nak borak2 ngan aku
sebelum kahwin camtu... dah kahwin pun camtu! ish... peninglah!
pernah tak kawan2 menghadapi situasi seperti ini? Mas pun pernah mengalaminya semasa sebelum berkahwin dan di awal perkahwinan... memanglah Mas rasa sedih sebab Mas memang berharap mertua akan suka Mas samada sebelum atau selepas kahwin! tapi Mas tidak cepat melatah, Mas jadikan mak sebagai rujukan dan bertanya apa yang perlu Mas lakukan untuk memenangi hati mertua! Mas nak share dengan kawan2 bagaimana caranya...
  • mulakan perbualan... kita tahu mereka lebih berusia dari kita jadi takkanlah kita nak harapkan mereka akan tegur kita dulu! sebagai anak menantu sepatutnya kita mulakan apa2 perbualan dengan mertua, barulah mereka rasa dihormati dan disayangi!
  • belikan hadiah sebagai tanda kasih sayang... Mas selalu buat perkara ni! tak salahkan kita berbelanja sedikit untuk mereka... kata nak jadi menantu kesayangan! tapi biarlah ikhlas tau, jangan sebab nak bersaing dengan menantu yang lain!
  • peluk cium mereka seperti kita peluk cium ibu bapa kita sendiri... walaupun kita menantu tapi janganlah kita nak beza2kan kasih sayang antara mereka dengan ibu bapa kita! kalau ibu bapa kita dah takde mereka umpama ibu bapa kita sendiri... Mas mesti akan peluk cium mertua kalau balik kampung sebab merekalah tempat Mas menumpang kasih! mak abah dah takde kan....huhuhuhu
  • jangan bersangka buruk dengan mereka... walaupun mertua tak berapa suka dengan kita janganlah kita bersangka buruk pulak! cuba kita fikir semula, mungkin ada sebabnya mereka tak suka... belajar perbaiki kelemahan diri dan cuba memenangi hati mereka! sekeras2 hati orang tua ni tetap akan lembut... siapa tak sayang menantu sendiri kan?
sekadar berkongsi dengan kawan2...
yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan!

14 ulasan:

  1. asyifa;
    thank you, sharing is caring kan?

    BalasPadam
  2. rase nye sayang oke jew..hihi ;)
    padahal belum kawen nie =)

    BalasPadam
  3. qucachahir;
    baguslah kalau camtu...
    sebelum kahwinlah kena lebih jaga hati mereka!

    BalasPadam
  4. sy takde mak mertua lagi...


    jom sertai 5 blog paling kerap dilawati 2011...

    entry terbaru >
    http://solomolo.blogspot.com/2011/03/5-blog-paling-kerap-dilawati-2011.html

    BalasPadam
  5. solomolo;
    takpe...ini utk panduan bila dah kawin nanti..

    BalasPadam
  6. hanim;
    jadikan panduan jer...
    sebelum kawin pun kena ambik hati bakal mertua kan?

    BalasPadam
  7. betul2.. saya stuju..tapi mak mentua sll declare Khalis menntu paling disayangi..hehe..

    hottest entry di blog khalis :
    18sx pakaian zaman dulu dulu

    Makna disebalik kata-kata seorang perempuan

    BalasPadam
  8. khalis;
    oooo...menantu kesayangan ye!
    baguslah camtu..

    BalasPadam
  9. dulu masa mula kahwin tak tau nak borak aper ngan mertua...bila dah ada anak, macam2 pulak diborakkan.....

    BalasPadam
  10. shah-kayrul;
    masa mula2 biasalah kan, mesti kekok punya...lama2 oklah!

    BalasPadam
  11. tips yg berguna. zte pun msih dlm eringkat mengenali mak mertua lebih mdalam. semoga smuanya dipermudahkan. amin!

    BalasPadam
  12. mamalikha;
    terima kasih...
    Mas doakan hubungan awak ngan mertua akan sentiasa mesra! amin...

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com