mrs secretary

Khamis, 25 Jun 2015

Gigih memasak juadah berbuka

Assalamualaikum...(^ ^)

Alhamdulillah hari ni dah 8 Ramadhan dan Mas masih berjaya masak juadah berbuka puasa untuk husband dan anak² setiap hari. Belum lagi beli lauk atau kuih muih di bazar, semuanya masak sendiri.

Walau penat dan terkejar² masa tapi Mas masih gigih memasak. Bila husband dan anak² makan dengan berselera dan puji masakan Mas, terus hilang segala penat lelah. Lagi berkobar semangat nak masak pelbagai jenis lauk untuk mereka.


Kuih pun Mas buat sendiri, buat yang mudah dan yang Mas tahu je. Apa saja kuih Mas buat anak² suka makan. Memang mereka tekak melayu tradisional macam mamanya jugak, hehehee!

Satu lagi memasak ni tak perlu menu yang gempak sangat. Biar yang ringkas tapi menyelerakan dan mengenyangkan perut. Contoh Mas masak 1 jenis lauk, 1 jenis sayur dan 1 jenis kuih. Masak cukup² untuk sahur dan berbuka, senang kan? Lagi pun makan lauk yang ringkas ni lagi kita berselera. 

Masak sendiri boleh berjimat cermat!


6 ulasan:

  1. assalamualaikum mas...kalau masak sendiri lebih puas hati kn...anak2 pun tentu suka dengan masakan mama die...:)

    BalasPadam
  2. betul kak, mak saya pun memang jenis amalkan memasak. thats why bila jauh dari mak ni.. rindu sgt masakan mak

    BalasPadam
  3. sama lah kita kak.fiza yang dok berdua ni masak simple n sikit je untuk berbuka. sahur pun makan roti je..cukup ala kadar.memang jimat..kekadang ni simple lagi sedap.

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mas...memang hari2 masa berbuka juadah yg disediakan adalah dr air tangan sendiri..belikn bazar ramadhan memang hubby x suka...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com