Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 15 Disember 2017

Dah ada geng main!

Assalamualaikum...(^ ^)


Seronok sangatlah kakak Airis sebab adik dah makin besar, dah ada geng main! Aiyra pulak dah pandai sangat dah, kalau kakaknya tu ajak main kemain menyengih je. Macam tahu sangat apa yang kakaknya cakapkan tu, kadang siap gelak². Tengoklah tu dah ajak adik main robot, padahal adik tu bukan reti pun. Tapi asalkan Aiyra gelak dia pun seronoklah!

Memang dia tak sabar pun nak tunggu Aiyra pandai meniarap dan merangkak, hari² tanya. Bukannya apa sebab tak sabar nak main dengan adik, sebab itulah selalu tanya. Kadang tu dia dok main masak² sebelah adik, kononnya adik tu pelangganlah. Comel je Mas tengok, yang si Aiyra tahu menyengih je!


Sekarang ni memang pantang kalau adik tu jaga, mesti nak ajak main. Kalau adik tidur siap suruh mama kejutkan sebab nak main dengan Aiyra. Sampai cakap, "Mama jangan tidurkan Aiyra, kakak Airis nak main robot dengan dia." Bila mama suruh main dengan abang, terus cakap tak nak sebab tak seronok. Hahahaa, dan² tu cakap tak seronok. Padahal dulu abang tulah teman main setiap hari, kalau abang tak nak main siap marah lagi. Dah ada Aiyra lupa terus ke abang! 

Tapi takpelah Mas layankan je, maklumlah orang seronok ada adik. Jadi buat masa ni adiklah segalanya, lupa dah abang kakak. Kalau main pun asyik bertekak dan bergaduh je, pening mama ni. Pastu yang paling tak menahan kadang abang kakak nak main dengan adik pun dia tak bagi. Adik Aiyra hanya kakak Airis yang punya, dah jadi geng main!

Seronok pulak bila tengok anak² camni, sejuk perut mengandung!


4 ulasan:

  1. Hahaa comelnyaa perangai. Seronok betul jadi budak budak ni, happy memanjang. hehee

    BalasPadam
  2. seronok betul airis. hehe. kalau IQ pun seronok, bley ad geng baju sama. hehe. mesti jadi kawan baik airis dan aiyra ni nanti

    BalasPadam
  3. best la tu dia dah dapat adik...

    BalasPadam
  4. tak sbar juga nak tengok fariza layan adik dia macam mana nanti..ehhee

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com