Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 12 Disember 2017

Gigih mengepam demi Aiyra

Assalamualaikum...(^ ^)

Tengoklah si debab ni, walaupun baru umur 2 bulan lebih tapi kuat menyusu tau. Kalau ikutkan anak² Mas yang perempuan takdelah kuat sangat menyusu, yang lelaki je menyusu banyak. Tapi Aiyra ni lain, mungkin sebab dia lahir besar kot?


Sekarang sebelah siang Mas dah bagi dia menyusu guna botol, sebab nak biasakan bila dah ke taska nanti. Pastu nak jalan² pun senang! Jadi bila dah guna botol lagilah kuat dia menyusu, mula² bagi 2oz setiap 2 jam tapi sekarang dah 3oz. Kadang tak cukup 3oz tu, macam nak kena bagi 4oz pulak.

Fuhhh memang Mas kena gigih mengepam setiap hari, paling kurang 2 atau 3 kali. Pastu tiap kali mengepam tu sekurangnya kena dapatkan 6oz paling sikit dan paling banyak 8oz atau 10oz. Tapi setakat ni setiap sesi mengepam biasa dapat 6oz je, kalau sebelah pagi dapatlah 8oz. Susu tak berapa nak meriah sangat, mungkin sebab faktor umur kot. Bab makan tu takdelah Mas diet sangat, makan jugak nasi sekali sehari. Kalau tak makan lagi sikit susu, huhuhuu!


Buat masa ni kalau mengepam memang stok cukup untuk 2-3 hari je, tak boleh langsung nak simpan banyak² sebab si debab tu demand dia tinggi. Kadang masuk hari ketiga stok dah tinggal satu bekas je, jadi kena gigih lagi pam nak kumpul stok untuk 2-3 hari lagi. Camtulah setiap hari demi Aiyra!

Tapi bab mengepam ni memang kena gigih dan konsisten, tak boleh langkau waktu pam tu. Pastu janganlah stress masa pam tu kalau dapat sikit susunya dari biasa, kena fikir positif. Makan dan minum pun kena banyak, lebihkan susu dan ambillah milk booster. Doa dan yakinlah jugak susu tu akan sentiasa banyak dan mencukupi untuk anak kita, Insya Allah pasti boleh. Mas memang amalkan semua ni supaya dapat susukan Aiyra sehingga umur 2 tahun.

4 ulasan:

  1. Aiyraaaa! Makin debab laa nanti asyik menyusu je. Hihihihii.. Geram tengok aiyra nie tau. Comel!

    BalasPadam
  2. tengok badan semangat..memang akan kuat menyusu.. Yea, kena tenang...berdoa..untuk dapatkan susu yang banyak.

    BalasPadam
  3. Insha Allah kak..Happy Breastfeeding

    BalasPadam
  4. Memang kena rajinlah ibu mengepam untuk buat stok EBM ni. semoga berjaya

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com