Terkini dan Sensasi

Jumaat, 18 Disember 2015

Isu PTPTN : Pengajaran buat peminjam

Assalamualaikum...(^ ^)

Mula² dengar pasal berita ramai penjawat awam tiada baki gaji apabila tindakan PTPTN memotong jumlah pinjaman automatik dari gaji mereka, Mas rasa perkara ni tidak adil. Seolah macam menganiaya mereka yang mempunyai tanggungan dan komitmen setiap bulan. Rasa kesian pada yang gaji tinggal RM0.00 dalam akaun. Terfikir camne mereka nak tampung kos hidup bulan tu. 


Tapi bila tengok akhbar dan dengar berita yang tindakan potongan ini dilakukan kepada peminjam yang tidak pernah membuat bayaran langsung sejak habis belajar, Mas rasa ianya wajar dilakukan. Lagi pun PTPTN dah keluarkan pelbagai amaran serta memanggil peminjam ini untuk berunding tapi tidak diendahkan. Jadi dengan tindakan sebegini ia akan membuka mata peminjam yang tegar ni bahawa semua ini salah mereka sendiri. Ia akan jadi pengajaran buat semua peminjam. 

Sepatutnya kita kena ingatkan diri sendiri bila dah meminjam kenalah bayar semula. Hutang kan wajib dibayar! Dapat gaji khaskan siap² duit untuk bayar hutang tak kira sikit atau banyak gaji bulan tu. Kalau kita tangguh dan ambil sambil lewa memang tak akan langsai hutang. Bila dah jadi sebegini barulah nak serik dan sedar. 


Nasib baik PTPTN akan pulangkan semula wang potongan tersebut selewat²nya 30 Disember ini setelah ditolak ansuran bulanan yang sepatutnya. Jadi Mas harap peminjam² PTPTN ni tak ulangi lagi sikap sebegini. Langsaikan hutang baru hidup boleh tenang kan?

1 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com