terkini dan sensasi

Rabu, 23 Disember 2015

Tarikan utama di Janda Baik

Assalamualaikum...(^ ^)

Pernah pergi bercuti di Janda Baik tak?


Mas sangat suka bercuti di Janda Baik kerana suasana alam semulajadinya yang sangat segar dan nyaman. Bila bercuti di sini Mas rasa sangat aman dan selesa. Dapatlah larikan diri sebentar dari kesibukan kota yang merimaskan.

Tarikan utama di Janda Baik
Janda Baik adalah tempat yang sangat sesuai untuk merehatkan minda dan rekreasi kerana ia terletak berhampiran dengan Kuala Lumpur. Berikut adalah tempat² menarik yang perlu kita terokai dan rasai sendiri pengalaman yang unik dan indah.

1. Pulau Santap
Merupakan kawasan sungai cetek yang sangat sesuai untuk berkelah. Airnya sejuk dan kawasan yang landai memang menarik minat pengunjung untuk datang. Selain berkelah pengunjung boleh menyewa pondok yang disediakan di sepanjang sungai. Di pondok tersebut disediakan tempat untuk BBQ. Pastu tarikan utamanya ialah aktiviti water tubing ni, seronok sangat!


2. Air Terjun Ulu Tampit
Mas tak pernah sampai lagi ke kawasan air terjun ni, tapi ramai pengunjung berpendapat ia adalah kawasan air terjun yang menarik dan menyeronokkan. Air terjun ini setinggi 7 tingkat dan perlu mendaki di kawasan hutan lebih kurang 45 minit barulah boleh sampai tingkat atas air terjun ini.

3. Gunung Nuang
Bagi yang suka aktiviti lasak dan mencabar boleh mendaki Gunung Nuang. Kebiasaanya gunung ini menjadi pusat latihan bagi pendaki tempatan dan luar negara untuk memantapkan kemahiran pendakian mereka. Lebih kurang 11 jam perjalanan untuk mendaki gunung ini dari pintu utama. Terdapat 2 tapak perkhemahan untuk beristirehat sebelum meneruskan perjalanan hingga ke puncak.


Selain tarikan utama ini Janda Baik memang sesuai sebagai destinasi percutian. Bagi yang sukakan suasana semulajadi dan aman damai wajib datang. Jangan risau kalau nak bercuti di sini kerana memang terdapat banyak resort dan homestay. Pilih saja mana satu yang berkenan di hati, semuanya menawarkan harga yang sangat berpatutan.

Jom bercuti ke Janda Baik!

1 ulasan:

  1. mcm bets je tgk..tp skang ni tgh kecoh pasal kepala air..isau gak la

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com