Terkini dan Sensasi

Selasa, 15 Disember 2015

Persiapan persekolahan anak²

Assalamualaikum...(^ ^)

Lega rasa bila dah hampir selesai urusan membeli belah barang persekolahan anak². Ada rezeki lebih kami memang terus beli, bukan apa takut duit habis ke lain. Setakat ni baju, kasut, beg dan alat tulis dah beli semuanya, tinggal peralatan persekolahan seperti buku tulis dan buku latihan je. 


Lepas buat survey minggu lepas, pasaraya Tesco menjadi pilihan kami. Kebanyakan persiapan persekolahan yang dijual memang harga murah dan berpatutan. Baju sekolah rendah kami dapat dengan harga RM28 sepasang dan baju sekolah menengah dengan harga RM30 lebih sepasang. Jadi beli dulu 3 pasang sorang, ada rezeki lebih nanti beli lagi. Baju melayu sekolah agama untuk Arfan pun murah, hanya RM27 sepasang. Kasut dan alat tulis pun murah dan ada diskaun.

Membeli persiapan persekolahan memang kena cari harga murah dan berpatutan sebab setiap tahun kena beli baru. Bukan tak berjimat cermat tapi beg dan kasut tahan setahun je. Bila dah hujung tahun kasut dan beg semuanya dah koyak. Jadi kenalah tukar baru kan? Baju sekolah pulak mesti kena tukar, tak kan nak pakai yang tahun lepas. Semuanya dah macam belacan goreng, hahahaa!

Bab memilih pakaian sekolah pulak biasanya tugas husband sebab dia lebih teliti. Kalau Mas pilih saiz, suruh anak fitting dan bila dah sesuai terus ambil berapa pasang nak. Tapi husband tak camtu, dia akan keluarkan setiap satu dari plastik. Pastu belek setiap helai, ukur sama saiz tak dan baru ambik. Haaa teliti tak telitinya dia, boleh tengok gambar ni! 



Lepas ni siap sedia pulak untuk beli peralatan sekolah dan persiapan Atikah nak masuk asrama. Fuhhh lap peluh dan belek duit dalam poket!

3 ulasan:

  1. orang lelaki memang teliti kalau membeli...macam papa farah pun sama dengan husband kak mas, gittewlah gayanya sewaktu beli barang-barang farah sewaktu kecil dulu...hatta pakaian dia sekali pun, dia mesti rasa material dan kualiti kain dulu...

    lega kan kak bila dah selesai semuanya...

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas...tahniah buat kakak semoga terus berjaya...skg semua ibubapa sedang sibuk buat persiapan utk anak2 bersekolah tahun depan...;)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com