Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 17 Januari 2017

Hati² dengan Aplikasi WhatsFake

Assalamualaikum...(^ ^)

Huhhh semakin canggih teknologi semakin banyak penipuan. Yang paling tak seronok dibaca bila penipuan ini dilakukan oleh segelintir penjual produk online untuk melariskan barang² jualan mereka. 


Dikhabarkan para penjual produk online menggunakan aplikasi WhatsFake ini untuk mencipta testimoni² palsu dan dimuatnaik ke laman sosial. Ia bertujuan sebagai strategi pemasaran bagi menarik minat pengguna untuk membeli produk² mereka. Aplikasi ini memang menyerupai aplikasi WhatsApp namun bezanya hanya seorang individu sahaja yang boleh mereka perbualan palsu. Kononnya dia berbual dengan orang lainlah, tapi padahal ianya bohong belaka. 

Bagi Mas memang perkara ini baru diketahui bila terbaca dalam akhbar tapi ianya telah menular di kalangan penjual produk² online. Jadi selepas ni kita kenalah lebih berhati² kalau nak beli produk yang dijual secara online, terutama produk kecantikan. Siasat dan sahkan dulu kesahihannya, tengok dulu review dari pengguna serta tengok jugak pengikutnya di media sosial. Jika boleh dipercayai baru beli, jangan hanya bergantung pada testimoni sahaja. Kita tak tahu mungkin ia hanya direka².

Pastu nak memuat turun aplikasi WhatsFake ni mudah sangat, ada di AppStore atau PlayStore. Jadi sesiapa sahaja boleh muat turun sesuka hati. Ini ditunjukkan cara²nya, mudah sangat


Jadi diingatkan jangan disalahgunakan aplikasi ni untuk kepentingan masing². Kalau sekadar untuk suka² takpelah, tapi dari suka² itu akan membawa kita kepada melakukan penipuan. Mula² memang untuk seronok je pastu lama² akan jadi habit sebab kita nampak ianya boleh datangkan keuntungan. 

Moga kita tidak mudah tertipu dan menipu dengan kecanggihan teknologi sebegini!

2 ulasan:

  1. hurm.. tak best la ada apps tipu macam ni...

    BalasPadam
  2. Benda tak elok macam ni cepat saja yang meniru kan πŸ˜‚
    .
    Sebab tu nanti di padang mahsyar, salah satu dari 7 golongan yang mendapat naungan adalah peniaga yang jujur.
    .
    Betapa susahnya nak jadi peniaga jujur. πŸ˜…
    .
    Bila peniaga sekeliling kita semua ambil jalan tak elok. Insyaallah rezeki Allah beri kan Mas. πŸ˜†
    .
    Orang jujur ni memang nampak rugi jangka pendek. Tapi pelanggan lebih setia jangka panjang.
    .
    Satu sebab apa dijual setara kualitinya. Tak over promise & under deliver.
    .
    Nabi kita meniaga di zaman jahiliyah, orang tetap beli sebab percaya. Sampai digelar al amin.
    .
    Sedangkan pedagang yahudi & orang lain lebih establish

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com