Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 30 Januari 2017

Banjir 2017

Assalamualaikum...(^ ^)

Banjir 2017 sudah beransur pulih. Semua kawasan yang ditenggelami air dah kembali seperti sediakala, mangsa banjir pun dah pulang ke rumah masing². 



Bagi Mas setiap kali merasai pengalaman banjir ia memang sesuatu yang sukar dilupakan. Walaupun banjir 2017 tidaklah seburuk tahun 2014 tapi ia tetap satu yang menyedihkan dan sukar dihadapi. Kita kena sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal untuk hadapi kemungkinan yang berlaku.

Sepanjang tempoh air mula memasuki laman rumah darilah air masuk ke dalam rumah Mas kena hadapi dengan tenang, tak boleh gelabah. Walaupun hati risau air akan naik mendadak tapi kena uruskan dengan baik, selamatkan barang apa yang patut ke tempat lebih tinggi. Pastu kena pastikan keadaan kami sentiasa selamat sebab masa tu keliling rumah dah dipenuhi air.



Waktu malam pulak kami kena lebih berjaga² sebab bila banjir ni banyak binatang berbisa akan naik ke rumah. Tidur pun tak boleh lena sangat, takut pulak air naik mendadak masa tengah tidur tu. 

Pastu selepas banjir dah surut kena bersedia dari segi fizikal pulak, mana taknya nak bersihkan rumah dari sisa² banjir tu bukan mudah. Dengan lumpur dan sampah sarap yang banyak, memang penat wooo nak cuci. Mau patah pinggang! Tapi nak tak nak kena buat jugak kan? 

Itulah cerita banjir 2017. Lega ianya tidak terlalu buruk dan syukur Allah permudahkan segalanya.



2 ulasan:

  1. Siapa ada pengalaman hadapi banjir ni memang membuatkan mereka ada hati kuat dan tabah. Saya pernah rasai masa raya .. uhh sampai satu kes, pak imam pun salah buat sholat sunat raya sebb teringat rumahnya yang banjir . haha.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com