terkini dan sensasi

Sabtu, 30 April 2011

kau memang mengoda... akhirnya aku tergoda!

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas dah berjanji tidak akan tengok dia, tidak akan menyentuh dia dan tidak akan merasai dia! tapi janji tinggal janji, godaan dari dia terlalu kuat.. tidak bisa Mas tahan! makin tahan makin tergoda, makin sengsara dan makin merana.. tapi mengenangkan kesihatan diri yang tidak berapa baik sejak minggu lepas, membuatkan Mas memendam rasa..

tapi hari ini memang dia betul² buat Mas tergoda! tidak mampu lagi Mas menahan rasa hati ini.. Mas tak peduli! Mas pujuk husband, jomlah abang.. husband melarang, kan badan tu tak sihat lagi.. nanti makin teruk demam tu! tapi Mas tetap tidak peduli, Mas terus pujuk husband dan akhirnya dia mengalah! hehehehe.. berjaya juga Mas mendapatkan dia.. bolehlah Mas menikmatinya dengan sepuas hati!

sayang, bersedialah.. Mas datang ni!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

inilah sayang Mas tu! hehehehehe.. tergoda kan tengok dia, memang tak boleh tahan! dua biji jugaklah Mas bedal hari ni.. lupa dah tentang batuk, demam dan selsema tu! tanggung sendirilah..

18 ulasan:

  1. aduiiii lagi tergoda!!!!
    huhu..nak skit massss

    BalasPadam
  2. haha. saya pun baru lepas makan durian~~ nyummy!!!! ;)

    BalasPadam
  3. hahaha..wah sedap nyer..daa lame tak makan.:(

    BalasPadam
  4. @farah
    sedap kan?
    tak menahan Mas...dahlah batuk ngan demam!

    BalasPadam
  5. @pwincess Lov3y dOv3y
    hehehehe...mmg marvelous!
    pergilah beli..rugi tau!

    BalasPadam
  6. aiyaakkkk !! meleleh air liur tengok...nak sikit kak !! huhuhu

    BalasPadam
  7. aiseh tergoda dengan durian rupanya..

    BalasPadam
  8. hahhahha... abg tak jeles ke kak mas syg durian.. hhaha

    BalasPadam
  9. Salam...brand ape durian tuh? nampak mengancam gler..adoi ai!..kena cari nih

    BalasPadam
  10. @Azreen Zunairah
    hehehe...jgn sampai menitik dahlah air liur tu!
    meh sini kalau nak..

    BalasPadam
  11. @Freaky
    hehehehe...ingat apalah tadi kan?

    BalasPadam
  12. @trigyy
    hahahaha...tak jeles pun!
    sebab dia pun tergoda sekali..

    BalasPadam
  13. @Abang Long
    durian merah katanya..
    isinya mmg kuning kemerah2an...sgt sedap! sekilo rm15

    BalasPadam
  14. klu buat pengat lgi sedap nie..
    heheeh

    BalasPadam
  15. @kucarkacir
    ooo ye ke?
    tak pernah try buat lagi..hehehe
    nanti nak cubalah!

    BalasPadam
  16. saya panggil bahagian macam ni 'kucing tidur'
    selalu berebut nak part yang ni heheh

    BalasPadam
  17. @norinaomar
    betul..Mas pun panggil nama tu!
    mmg berebutlah dgn husband tapi mesti Mas yang dapat...hehehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com